Ad

Thursday, 30 April 2015

Tingkatan 1 Khas Kamil 1977 dalam Kenangan.

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
      Hari isnin minggu ketiga Penggal 1  Pesekolahan  tahun 1977,aku mula mendaftar diri di SMK Kamil, Pasir Puteh untuk memulakan persekolahan di Tingkatan 1 Khas; iaitu Kelas Rancangan Khas bagi pelajar yang gagal ke sekolah asrama penuh.Sekolah Menengah Kamil merupakan bekas sekolah beraliran Inggeris dan sekolah terbesar di bandar Pasir Puteh. Berbasikal ke sekolah baru membelah kesejukan angin pagi aku rasa agak menyeronokkan.Ini kerana sudah dua minggu aku mengayuh basikal pada waktu tengah hari ke Sekolah Menengah Tok Janggut yang jaraknya empat batu dari rumah. Jarak Sekolah Menengah Kamil pula cuma tiga batu dari kampungku Kampung Gong Chapa.


      Apabila masuk mendaftar ke Tingkatan 1 Khas kelas aku cuma kenal seorang sahaja iaitu Nurazimah Abdullah budak kampung aku yang turut terpilih ke Kelas Rancangan Khas. Tidak ramai pelajar yang mendaftar masuk ke kelas 1Khas ketika itu. Kawan lelaki  pertama aku kenal pada pagi itu  ialah Mohd Roslee. Setelah bertegur sapa dan bekenalan kami sama-sama ke tandas di tingkat 1 dan tersalah masuk tandas perempuan. Kami sama-sama panik,nasib baik tidak ada pelajar perempuan yang masuk tandasketika itu.  
Foto- Sumbangan Puan Zanora Zakaria

Inilah Makmal lama tempat kami pelajar-pelajar pelopor Kelas Rancangan Khas pertama di Sekolah Menengah Kamil. Makmal lama yang dijadikan kelas ini menyimpan banyak kenangan pahit manis  kami selama setahun belajar di sini.Bersebelahan makmal ialah kebun getah, kini tiada lagi.

Wednesday, 29 April 2015

SKEMA PERCUBAAN SEJARAH STPM P2 SMKJ2 2015

1.Bincangkan struktur masyarakat Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam.[20m]
Jahiliah  berasal  daripada  perkataan jahala  yang bermaksud  bodoh. Ungkapan perkataan  ini dikaitkan  dengan masyarakat  yang muncul di Semenanjung  Tanah Arab yang mempunyai akidah yang  sesat serta akhlak  yang amat buruk. Keadaan  ini berlangsung kira-kira 30 tahun, iaitu selepas runtuhnya  Empangan Ma'arib hingga  kerasulan Nabi Muhammad SAW pada tahun 610. Sejarawan Islam mencatatkan  terdapat  empat ciri umum masyarakat  pada tempoh masa tersebut,  iaitu masyarakat yang tidak mempunyai  nabi dan rasul serta  kitab suci sebagai panduan,  berakhlak  buruk, tidak  berperadaban  (bertamadun),  dan majoriti  masyarakatnya buta huruf.

      Masyarakat Arab pada  zaman tersebut  terbahagi kepada  dua kelompok utama, iaitu masyarakat Arab Badwi dan Arab Hadhari. Masyarakat Arab Badwi tinggal di kawasan  pedalaman  berhampiran dengan sumber air di oasis atau wadi. Mereka mengamalkan kehidupan bercorak  nomad iaitu berpindah-randah dari  satu tempat  ke tempat  yang lain. Aktiviti masyarakat Arab Badwi ini lebih tertumpu kepada penternakan  dan pertanian di kawasan  yang terdapat sumber  bekalan air. Hal ini kerap menjadi rebutan  sesama  mereka hingga mencetuskan ketegangan. 

      Namun  berbeza  dengan  masyarakat  Arab Hadhari yang tinggal  kekal di bandar-bandar besar seperti Makkah, Yathrib, dan Yaman. Kegiatan harian masyarakat Arab  bandar  dikaitkan dengan aktiviti perdagangan  sama  ada secara  kecil-kecilan atau merentasi  sempadan  geografi. Contohnya,  kabilah Quraisy menjalankan  aktiviti  perdagangan ke Syam  pada musim  panas manakala  pada musim  dingin, aktiviti tersebut  beralih  keYaman.

      Kedua-dua masyarakat ini mengamalkan  kehidupan  bercorak  kabilah. Anggota dalam sesebuah kabilah mempunyai pertalian darah antara satu  sama lain. Seandainya ada individu yang berhasrat menganggotai  kabilah  lain, ia perlu bersumpah  di hadapan patung  berhala.
Setiap kabilah akan diketuai  oleh pemimpin  bergelar  syeikh yang mempunyai kuasa mutlak.Walaupun dinasihati  oleh Majlis Kabilah, kuasa tetap di tangan syeikh.  Ahli-ahli  kabilah wajib mencurahkan kesetiaan  sepenuhnya  kepada kabilah  masing-masing.

      Setiap kabilah akan memegang  suatu fahaman yang  dinamakan  'asabiyyah  bagi menjamin kekuatan  dan  keutuhan  kabilah tersebut  serta kesetiaan  yang tidak berbelah  bahagi oleh anggota dalam sesuatu  kabilah. Fahaman  'asabiyyah berperanan menghidupkan aktiviti sosioekonomi  dan politik  sesebuah kabilah. Fahaman inilah juga yang sering mencetuskan  keadaan  huru-hara;  tanpa mengira  benar atau salah  setiap  individu dalam  sesuatu perkara, kabilah akan mempertahankannya.

      Keadaan bertambah  buruk apabila  peperangan yang dilancarkan semata-mata mahu menunjukkan kemegahan  dan kekuatan kabilah serta menjadikan  tawanan-tawanan perang  sebagai hamba.

      Dalam masyarakat jahiliah, wujud juga jurang  sosial yang luas antara golongan bangsawan dengan golongan bawahan  khasnya  hamba.  Susun lapis atau organisasi  sosial  yang wujud begitu tegar.

      Bagi kaum  wanita, mereka langsung tidak mendapat tempat  sama ada dalam keluarga  apatahlagi dalam  kabilah. Kelahiran bayi-bayi  perempuan  dianggap  menjatuhkan  maruah keluarga.  Oleh sebab itu, timbul amalan membunuh  bayi-bayi  perempuan. Pendek kata, kaum wanita pada zaman tersebut  hanya dianggap sebagai objek untuk memuaskan  hawa nafsu.

      Berhubung dengan nilai mulia dan hina, ukurannya dinilai berdasarkan  kekayaan,  kemahiran dan ilmu yang dimiliki  serta  keturunan yang diwarisi. Individu  yang kaya seperti  pedagang, ahli sihir, dan pahlawan akan disanjung  dan dipandang mulia, sedangkan  mereka yang miskin dan hamba  dipandang hina oleh masyarakat.


      Kesimpulannya,  struktur  masyarakatArab sebelum Islam  jelas mencerminkan  masyarakat yang ketinggalan atau mundur,  berpecah belah  dan mengamalkan  diskriminasi.  Namun senario tersebut mula berubah  apabila  Nabi Muhammad SAW membawa  nur yakni  agama Islam yang mengubah peradaban masyarakat Arab menjadi lebih mementingkan keadilan, persaudaraan dan persamaan, sekali gus merealisasikan  konsep  ummah.


KEPUTUSAN PENUH PAHANG 7-4 YADANARBON


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Pahang                                   4-1 Yadanarbon.
m-6,m-31,m-60 Nwakaeme     m-45 Djedje Maximin Djawa
m-17 Matias Conti                   m- 57′penjaring gol67′ Hlaing Bo Bo       
m-47,m-87 Saarvindran           m- 90+1 Win Naing Soe
m- 85 Hafiz Kamal


KEPUTUSAN MASA PERTAMA PAHANG 4-1 YADANARBON


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Pahang                         4-1 Yadanarbon.
m-6,m-31 Nwakaeme     m-45 Djedje Maximin Djawa
m-17 Matias Conti
m-47 Saarvindran


Tuesday, 28 April 2015

KEPUTUSAN PENUH EAST BENGAL 0-1 JOHOR DT

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
East Bengal       0-1 Johor Darul Takzim          
                             m-6 Amri Yahya
PEMAIN JOHOR DT
01 FARIZAL MARLIAS
07 AIDIL ZAFUAN
08 SAFIQ RAHIM
12 S.KUNALAN
14 HARRIS HARUN
16 MOHD SHAKIR SHAARI
17 MOHD AMRI YAHYA
19 LUCIANO FIQUEROA
23 S. CHANTURU
25 JUNIOR ELDSTAL
27 MOHAMAD  SHAS
PEMAIN GANTIAN
04 ASRARUDIN PUTRA
21 JASAZRIN JAMALUDIN
10 SAFEE SALI

PEMAIN EAST BENGAL
30 LUIS BARRETO
02 RAJU GAIKWAD
06 BALJIT SAIDU
08 MOHAMMAD RAFIQUE
12 DEEPAK MANGAL
16 GUNWINDER SINGH
17 JOAQUIM ABRANCHES
18 SUBOOH KUMAR
22 SUKHVINDER SINGH
27 D RADHAKRISNAN
32 BALDEEP SINGH
PEMAIN  GANTIAN
10 RANTI MARTIN
07 HAMANJIT KHABLA
28 SYALO MGLANGA


TERKINI MASA KEDUA EAST BENGAL 0-1 JOHOR DT

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
East Bengal       0-1 Johor Darul Takzim          
                             m-6 Amri Yahya
PEMAIN JOHOR DT
01 FARIZAL MARLIAS
07 AIDIL ZAFUAN
08 SAFIQ RAHIM
12 S.KUNALAN
14 HARRIS HARUN
16 MOHD SHAKIR SHAARI
17 MOHD AMRI YAHYA
19 LUCIANO FIQUEROA
23 S. CHANTURU
25 JUNIOR ELDSTAL
27 MOHAMAD  SHAS
PEMAIN GANTIAN
04 ASRARUDIN PUTRA

PEMAIN EAST BENGAL
30 LUIS BARRETO
02 RAJU GAIKWAD
06 BALJIT SAIDU
08 MOHAMMAD RAFIQUE
12 DEEPAK MANGAL
16 GUNWINDER SINGH
17 JOAQUIM ABRANCHES
18 SUBOOH KUMAR
22 SUKHVINDER SINGH
27 D RADHAKRISNAN
32 BALDEEP SINGH
PEMAIN  GANTIAN
10 RANTI MARTIN


KEPUTUSAN MASA PERTAMA EAST BENGAL 0-1 JOHOR DT

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
East Bengal       0-1 Johor Darul Takzim          
                             m-6 Amri Yahya
PEMAIN JOHOR DT
01 FARIZAL MARLIAS
07 AIDIL ZAFUAN
08 SAFIQ RAHIM
12 S.KUNALAN
14 HARRIS HARUN
16 MOHD SHAKIR SHAARI
17 MOHD AMRI YAHYA
19 LUCIANO FIQUEROA
23 S. CHANTURU
25 JUNIOR ELDSTAL
27 MOHAMAD  SHAS

PEMAIN EAST BENGAL
30 LUIS BARRETO
02 RAJU GAIKWAD
06 BALJIT SAIDU
08 MOHAMMAD RAFIQUE
12 DEEPAK MANGAL
16 GUNWINDER SINGH
17 JOAQUIM ABRANCHES
18 SUBOOH KUMAR
22 SUKHVINDER SINGH
27 D RADHAKRISNAN

32 BALDEEP SINGH

TERKINI EAST BENGAL 0-1 JOHOR DT

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
East Bengal       0-1 Johor Darul Takzim          
                             m-6 Amri Yahya
PEMAIN JOHOR DT
01 FARIZAL MARLIAS
07 AIDIL ZAFUAN
08 SAFIQ RAHIM
12 S.KUNALAN
14 HARRIS HARUN
16 MOHD SHAKIR SHAARI
17 MOHD AMRI YAHYA
19 LUCIANO FIQUEROA
23 S. CHANTURU
25 JUNIOR ELDSTAL

27 MOHAMAD  SHAS

TERKINI EAST BENGAL 0-1 JOHOR DT


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
East Bengal       0-1 Johor Darul Takzim          

                             m-6 Amri Yahya

Monday, 27 April 2015

KARTUNIS ACAI DAN ISU KWSP

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
KUALA LUMPUR: Cadangan menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun dibuat khusus untuk menangani isu ketidakcukupan simpanan persaraan majoriti besar ahli apabila mereka bersara pada umur 55 tahun.Dalam catatan di laman Facebook KWSP, mereka menyifatkan tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi berhubung pelaksanaan isu pengeluaran umur 55 tahun yang dicadangkan dinaikkan ke 60 tahun.
"KWSP tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi berhubung pelaksanaan isu Pengeluaran Umur 55 Tahun yang dicadangkan dinaikkan ke 60 tahun sepertimana, pandangan sesetengah fan FB KWSP yang mencurigai cadangan ini.

"Adalah penting dijelaskan di sini, bahawa perubahan kepada umur pengeluaran ini dibuat khusus untuk menangani isu ketidakcukupan simpanan persaraan majoriti besar ahli KWSP apabila mereka bersara pada umur 55 tahun," katanya di laman Facebook berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, agensi itu sedang menimbang menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun.Kata Shahril, negara perlu menangani isu pengeluaran simpanan pada usia 55 tahun berbanding usia persaraan baharu pada 60 tahun, jika tidak ia akan menjadi bebanan kepada masyarakat untuk menguruskan orang-orang yang bersara tanpa wang yang mencukupi dalam akaun mereka.[1]

      Menurut ACAI mulai alaf baru beliau meneruskan minat dalam dunia kartun di Malaysia yang semakin suram dengan melukis di ruangan SENDAL di KOSMO, kartun bersirinya Sarip Seorang Seniman dan Tuan Pendeta. Tuan Pedeta merupakan kartun bersiri bercorak purbawara  yang jarang dilukis oleh kartunis alaf baru.[2]
  
Ruangan SENDAL turut digunakan oleh Yusuf Nawi atau ACAI untuk menyentuh isu had umur unuk pencarum mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP. Watak tanpa nama dalam ruangan SENDAL menyangka pakcik yang ditemuinya sudah mengeluarkan duit carumannya di KSWP kerana perawakanya yang botak dan gemuk kelihatan seperti seorang yang berusia 55 tahun. Sedangkan umur sebenarnya baru mencecah 45 tahun. SENDAL Jumaat 24 April 2015 juga digunakan oleh ACAI untuk membicarakan kebimbangan si isteri suami mereka akan menggunakan wang KWSP untuk kahwin seorang lagi. Dalam siri JUSOH NET, ACAI juga memuatkan isu had umur untuk mengeluarkan caruman KWSP.








Penulis menemu ramah ACAI rakan sekelas di tahun 1977-1979 di SMK Kamil Pasir Puteh.
Temu ramah ini dilakukan di Kafe KPM, Putrajaya.

Dalam ruangan Sarip Seorang Seniman keluaran Ahad 26 April, ACAI  turut menyentuh isu  penggunaan wang KWSP bagi pencarum yang telah berusia 55 tahun. Jiran Sarip yang telah genap 55 tahun menggunakan duit KWSP untuk membeli kereta secara tunai. Tetapi Sarip lupa beliau tidak boleh iri hari dengan jirannya kerana beliau bekerja sendiri dan tidak mempunyai caruman di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Melalui watak Sarip ACAI cuba mengkritik sikap orang-orang Melayu yang iri hati dengan kelebihan yang ada pada jiran sebelah rumah.  





[1]http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengeluaran-pada-umur-60-tahun-kami-tiada-agenda-tersembunyi-kwsp-,1.
[2] Temu ramah dengan ACAI pada 24 April 2015.

PENJARING TERBANYAK TEMPATAN DALAM LIGA SUPER SEHINGGA PERLAWANAN KE-9

OLEH – AHMAD BIN YAAKOB.
OLEH AHMAD BIN YAAKOB

TUJUH GOL
Afiq Azmi       Selangor         

EMPAT GOL
Ahmad Syamim Yahya           Felda United  
Nurridzuan Abu Hassan         Perak  
      
TIGA GOL
Safiq Rahim  Johor Darul Ta'zim     
Ismail Faruqi   Terengganu    

DUA GOL
Badhri Radzi   Kelantan         
R. Gopinathan Pahang           
Hazwan Bakri Selangor         
Amri Yahyah  Johor Darul Ta'zim     

SATU GOL  
Christie Jayaselan        ATM  
Norshahrul Idlan Talaha         ATM  
Shukor Adan   Felda United  
Junior Eldstal  Johor Darul Ta'zim     
Aidil Zafuan- JDT 
Noorhazrul Mustafa    Kelantan   
Azidan Sarudin           Pahang           
Ahmad Ezrie   PDRM
Muslim Ahmad           PDRM
Nasir Basharuddin      Perak  
Ashri Chuchu  Sarawak         
Hairol Mokhtar           Sarawak         
Joseph Kalang Tie       Sarawak         
Shahrol Saperi Sarawak         
Abdul Hadi Yahya     Selangor         
Fitri Shazwan  Selangor         
Nazrul Kamarulzaman            Sime Darby    
Helmi Remeli  Terengganu    
Shahrin Sapien            Terengganu  
Nor Farhan Muhammad-Kelantan
Nazmi Faiz Mansor-Selangor




Sunday, 26 April 2015

Everton malukan United 3-0

AHAD, 26 APRIL 2015 @ 11:07 PM

 
PEMAIN Everton, John Stones beraksi bersama pemain Manchester United, Radamel Falcao. - Foto REUTERS LIVERPOOL: Everton berjaya melangkah masuk ke kedudukan 10 teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Manchester United 3-0 di gelanggang sendiri, malam ini. James McCarthy menjaringkan gol pembukaan Everton seawal minit kelima sebelum John Stones menggandakan kedudukan pada minit ke-35 untuk tuan rumah mendahului 2-0 pada separuh masa pertama. United gagal bangkit sebaliknya dibolosi gol ketiga tuan rumah menerusi Kevin Mirallas pada minit ke-74. Dengan kekalahan itu, United kekal di tangga keempat liga, satu mata di belakang Arsenal yang berdepan pendahulu liga, Chelsea, jam 11 malam ini tetapi masih tujuh mata mengatasi pasukan tangga kelima, Liverpool. - AP

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/50035

Saturday, 25 April 2015

SENARAI PENJARING GOL LIGA SUPER SELEPAS PERLAWANAN KESEMBILAN


OLEH AHMAD BIN YAAKOB
SEMBILAN GOL
Dramane Traore          PDRM

TUJUH GOL
Afiq Azmi       Selangor         

ENAM  GOL
Paulo Rangel   Terengganu    
Ali Ashfaq  PDRM
Charles Souza Perak  

LIMA GOL
Edward Wilson           Felda United  

EMPAT GOL
Namkung Woong        Perak  
Billy Mehmet  Sarawak   
Ahmad Syamim Yahya           Felda United  
Ndumba Makeche       Felda United  
Nurridzuan Abu Hassan         Perak  
Jerry Palacios  ATM  
      
TIGA GOL
Safiq Rahim  Johor Darul Ta'zim     
Faris Ramli      LionsXII        
Andik Vermansah       Selangor         
Ismail Faruqi   Terengganu    
Mohamadou Sumareh PDRM

DUA GOL
Luciano Figueroa        Johor Darul Ta'zim     
Badhri Radzi   Kelantan         
Matias Conti   Pahang           
R. Gopinathan Pahang           
Hazwan Bakri Selangor         
Nemanja Vidakovic    Sime Darby    
Vincent Bikana           Terengganu
Amri Yahyah  Johor Darul Ta'zim     
Dickson Nwakaeme    Pahang           
Khairul Nizam LionsXII        

SATU GOL  
Abdulafees Abdulsalam         ATM  
Christie Jayaselan        ATM  
Mario Karlovic            ATM  
Norshahrul Idlan Talaha         ATM  
Bojan Miladinovic      Felda United  
Shukor Adan   Felda United  
Junior Eldstal  Johor Darul Ta'zim     
Marcos Antonio          Johor Darul Ta'zim    
Aidil Zafuan- JDT 
Erwin Carrillo Kelantan         
Jonathan McKain        Kelantan         
Noorhazrul Mustafa    Kelantan   
Gilmar Dos Santos Kelantan      
Gabriel Quak   LionsXII         Firdaus Kasman          LionsXII         1
Hafiz Sujad     LionsXII
Izzdin Shafiq  LionsXII        
Khairul Amri   LionsXII        
Sahil Suhaimi  LionsXII        
Azidan Sarudin           Pahang           
Damion Stewart          Pahang           
Zesh Rehman  Pahang           
Ahmad Ezrie   PDRM
Muslim Ahmad           PDRM
Nasir Basharuddin      Perak  
Ashri Chuchu  Sarawak         
Hairol Mokhtar           Sarawak         
Joseph Kalang Tie       Sarawak         
Patrick Gerhardt         Sarawak         
Shahrol Saperi Sarawak         
Abdul Hadi Yahya     Selangor         
Fitri Shazwan  Selangor         
Guilherme De Paula    Selangor         
Leandro dos Santos    Selangor         
Robert Cornthwaite    Selangor         
Dilshod Sharofetdinov           Sime Darby    
Nazrul Kamarulzaman            Sime Darby    
Reinaldo Da Costa      Sime Darby    
Gustavo Lopez            Terengganu    
Helmi Remeli  Terengganu    
Shahrin Sapien            Terengganu  
Nor Farhan Muhammad-Kelantan
Nazmi Faiz Mansor-Selangor