Ad

Thursday 23 April 2015

Piala FA: Pahang, LionsXII gah mara separuh akhir

RABU, 22 APRIL 2015 @ 10:52 PM
 Oleh Anis Nabilla Md Wazilah Dan Rizar Mohd Noor bhonline@bh.com.my
Pemain Pahang Mathias Conti (jersi kuning) cuba menjaringkan gol ketika bertemu pasukan Pulau Pinang dalam perlawanan Piala FA di Stadium Bandaraya, malam ini. - Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Pahang meneruskan kemaraan ke separuh akhir Piala FA dengan agregat 4-2 selepas mencatat keputusan seri 2-2 dengan pasukan Liga Perdana, Pulau Pinang pada aksi suku akhir kedua di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, malam ini. Wakil Singapura, LionsXII menjadi pasukan terakhir layak selepas menewaskan satu lagi pasukan Liga Perdana, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 2-0 di Stadium Pasir Gudang untuk mara menerusi agregat 4-0. Dalam separuh akhir nanti, Pahang akan bertemu Kelantan manakala LionsXII berdepan Terengganu untuk merebut tiket ke pentas final, 23 Mei ini.

      Semalam, Kelantan dan Terengganu muncul dua pasukan awal mara ke separuh akhir selepas masing-masing menyingkirkan Sime Darby FC dan Perak. Di Stadium Bandaraya, tuan rumah yang tewas 2-0 pada aksi pertama di Kuantan terus tertekan apabila Pahang kendalian Zainal Abidin Hassan berjaya memperoleh dua gol awal menerusi Dickson Nwakaeme pada minit keenam dan ke-11. Pahang yang memperlahankan rentak permainan pada babak kedua membenarkan Pulau Pinang mengikat kedudukan 2-2 menerusi dua jaringan penyerang importnya, Hilton Moreira pada minit ke-76 dan ke-87.
 
 PEMAIN JDT II, Leandro Sebastian Velazquez (tengah) diasak dua pemain Lions XII, Izzdin Shafiq Yacob (kiri) dan Muhd Firdaus Kasman pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Pasir Gudang, malam ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim Di Stadium Pasir Gudang, LionsXII yang menang 2-0 pada aksi pertama di tempat sendiri terus bertambah selesa apabila berjaya mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil tandukan Khairul Nizam Kamal berpunca sepakan percuma abangnya, Khairul Amri pada minit ke-19. LionsXII kendalian Fandi Ahmad terus selesa apabila berjaya memperoleh gol kedua menerusi penyudah kemas Nazrul Nazari pada minit ke-65.


Sumber : http://www.bharian.com.my/node/49144

No comments:

Post a Comment