Oleh Rizar Mohd
Noor
rizar@hmetro.com.my
Pasir Gudang: Johor Darul
Ta’zim (Johor DT) akan turun menentang Kitchee FC dengan misi mahu mencalar
rekod bersih kelab dari Hong Kong itu, sekali gus menerajui Kumpulan F apabila
kedua-dua pasukan berentap pada aksi Piala AFC di Stadium Larkin, malam ini.
Kemenangan amat dicari ketua
jurulatih Johor DT Bojan Hodak untuk memintas skuad kendalian Jose Molina yang
kini mengumpul tujuh mata manakala skuad Harimau Selatan ketinggalan satu mata.
Apapun Hodak mahu menggunakan
kesempatan beraksi di laman sendiri untuk menebus kehampaan selepas tewas 0-2
pada aksi di Stadium Mongkok, Hong Kong, 17 Mac lalu yang meletakkan pasukan
itu di tangga kedua.
“Sudah semestinya kami mahukan
kemenangan dengan misi utama meraih tiga mata bagi merampas tangga tangga
teratas. Namun di sebalik keghairahan itu saya mahu mengingatkan pemain supaya
berwaspada dengan corak permainan pantas lawan.
“Hanya penjaga gol Farizal
Marlias tidak diturunkan sebab masih berehat akibat kecederaan ketika saingan
Liga Super, Sabtu lalu. Besar kemungkinan Izham Tarmizi Roslan akan mengambil
tempatnya.
“Saya juga akan menyenaraikan
Luciano Figueroa pada perlawanan itu tapi yang merisaukan adakah dia mampu
beraksi selama 90 minit kerana masih belum cergas. Hanya Safiq Rahim, Hariss
Harun dan Shakir Shaari akan kekal bergandingan di posisi tengah,” katanya.
Hodak menambah benteng ampuh
menjadi taruhan dengan kemungkinan menurunkan gandingan Marcos Antonio-Junior
Eldstal di pertahanan tengah selain Aidil Zafuan Abd Radzak, bek kanan dan
Asraruddin Putra Omar atau S Kunanlan, kiri.
“Rekod Kitchee FC masih kebal
sepanjang pusingan pertama apabila belum tewas dan pastinya mereka mahu
mengekalkan status itu. Kami akan cuba sedaya upaya mengalahkan mereka untuk
kembali berada di atas.
“Apapun saya mengingatkan
pemain supaya tidak leka dan elak melakukan kesilapan mudah kerana pasukan itu
bijak mengambil kesempatan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada :
Selasa, 14 April 2015 @ 8:59 AM
DISYORKAN
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/43581#sthash.MYeUVB0H.dpuf
No comments:
Post a Comment