OLEH JOHARDY IBRAHIM
(EKONOMI@UTUSAN.COM.MY) | 01 April 2015 2:07 PM
Pengarah GST, Jabatan Kastam
DiRaja Malaysia, Datuk T. Subromaniam (kanan) mengadakan taklimat bersa
PENGARAH GST, Jabatan Kastam
DiRaja Malaysia, Datuk T. Subromaniam (kanan) mengadakan taklimat bersama
pegawai JKDM dalam persiapan terakhir menjelangnya pelaksanaan cukai barangan
dan perkhidmatan di Putrajaya, semalam. – UTUSAN/RASHID MAHFOF
KUALA LUMPUR 31 Mac - Setelah
pertama kali diumumkan pada pembentangan Bajet 2005, cukai barangan dan
perkhidmatan (GST) mula berkuat kuasa esok di seluruh negara bagi menggantikan
sistem cukai jualan dan perkhidmatan.
Ketika itu, GST dicadang untuk
dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan
keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan
semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di
bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini bertujuan untuk menjadikan sistem
percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara.
Fakta paling mustahak ialah
rakyat tidak perlu takut atau khuatir pelaksanaan GST kerana model cukai yang
diguna pakai tidak akan dikenakan terhadap barangan makanan asas.
Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak berkata, GST yang berkuat kuasa mulai hari ini, pada kadar
hanya sebanyak enam peratus berbanding dengan kadar cukai jualan iaitu lima dan
10 peratus, dan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus.
Kadar GST ini merupakan yang
terendah dalam kalangan negara ASEAN yang mana Indonesia, Vietnam, Kemboja,
Filipina dan Laos mengenakan GST pada kadar 10 peratus dan Singapura serta
Thailand pada kadar tujuh peratus.
Di peringkat global, lebih 160
buah negara di dunia telah pun melaksanakan GST. Ini menunjukkan GST adalah
satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan.
GST dilaksanakan setelah
kerajaan mendapati cukai jualan dan cukai perkhidmatan semasa, mempunyai
kelemahan-kelemahan tertentu seperti kesan cukai berganda ke atas pengguna,
ketiadaan pelepasan cukai ke atas barang yang dieksport dan isu pindahan harga.
GST merupakan gantian kepada
dua cukai yang akan dimansuhkan iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan dan
bukanlah cukai tambahan baru.
Realitinya, kadar inflasi kini
adalah pada tahap yang rendah di paras dua peratus. Kerajaan yakin, ini adalah
masa yang terbaik untuk melaksanakan GST kerana kadar inflasi adalah minimum
dan terkawal.
Dengan pelaksanaan GST,
kerajaan dapat menangani banyak kelemahan dalam sistem percukaian sedia ada.
Sebagai contoh, pada waktu ini, sekiranya membeli minuman berkarbonat di restoran,
tanpa disedari pembeli telah membayar dua kali cukai iaitu cukai jualan dan
cukai perkhidmatan.
Selain itu, kadar cukai
pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan manakala
struktur cukai pendapatan individu akan disusun semula untuk menjadikan negara
lebih kompetitif di samping mengekal dan menarik bakat serta tenaga mahir dalam
negara.
Kadar cukai maksimum kini 26
peratus pula dikurangkan kepada 24, 24.5 dan 25 peratus. Langkah-langkah
tersebut akan berkuat kuasa mulai tahun ini.
Selain daripada rakyat,
syarikat perniagaan turut akan dibantu untuk memastikan pelaksanaan GST
berjalan dengan lancar.
Bagi memastikan kelancaran
pelaksanaan GST, satu Jawatankuasa Pemantauan GST akan ditubuhkan yang
dipengerusikan oleh Menteri Kewangan II dengan dianggotai oleh agensi kerajaan,
wakil industri dan NGO.
Dalam pada itu, GST menjadi isu
kerana ia dijadikan bahan politik oleh pihak tidak bertanggungjawab cuba
mengambil kesempatan dengan mengelirukan orang ramai terhadap kefahaman GST.
Mereka mengatakan apabila GST
dilaksanakan, kononnya semua harga barang akan melambung naik dan rakyat
terutama golongan berpendapatan rendah akan menanggung beban. Itu semua
propaganda politik pembangkang.
Pengguna yang memerlukan
bantuan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan GST boleh menyalurkan
maklum balas dan pertanyaan ke portal dan talian hotline yang disediakan.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
telah menyediakan talian hotline bernombor 1-300-888-500 dan 03-8882 2111 serta
laman web yang beralamat di http://gst.customs.gov.my, yang mana pengguna boleh
memberi maklum balas dan menghubungi pejabat/kaunter bantuan yang terletak di
negeri masing-masing.
Aduan dan cadangan yang
berkaitan dengan jabatan tersebut pula boleh diajukan kepada alamat e-mel,
ccc@customs.gov.my atau 03-7806 7200.
Untuk sebarang pertanyaan
kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, orang
ramai boleh menghubungi nombor hotline 1-800-886-800 atau membuat panggilan ke
03-8000 8000 dan 03-8882 5983.
Mereka juga boleh menurunkan
maklum balas dan aduan di www.kpdnkk.gov.my atau portal eaduan.kpdnkk.gov.my,
atau mereka boleh menghantar e-mel kepada eaduan@kpdnkk.gov.my.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/gst-berkuat-kuasa-hari-ini-1.75854#sthash.iu29gsjH.dpuf
No comments:
Post a Comment