Ad

Thursday 16 April 2015

Harimau Malaya selamat

Oleh TENGKU ASYRAF TENGKU SALLEHUDDIN
sukan@kosmo.com.my

DOLLAH (kiri) dan Hamidin puas hati selepas skuad Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan A untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 selepas selesai majlis undian di Kuala Lumpur semalam.

HASRAT jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh untuk mengelak bertemu dengan pasukan-pasukan gergasi Asia seperti Jepun, Korea Selatan, Australia dan Iran menjadi kenyataan apabila diundi dalam Kumpulan A bersama Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Pales­tin dan Iran dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 semalam.

Berdasarkan keputusan undian tersebut, skuad bimbingan Dollah itu yang kini menduduki ranking ke-164 dunia dilihat memiliki peluang untuk melepasi peringkat kelayakan dua kejohanan berprestij tersebut.

Bagaimanapun, Dollah tidak menafikan bahawa cabaran sukar tetap menanti anak-anak buahnya tetapi beliau optimis bahawa pasukan kebangsaan memiliki peluang untuk melakukan kejutan pada aksi kelayakan nanti.

“Laluan memang sukar tetapi apa yang penting ialah kami dapat elak bertemu Jepun, Korea Selatan, Australia dan Iran. Harapan untuk meraih kemenangan apabila beraksi di laman sendiri nanti tetap ada memandangkan kita akan beraksi dua perlawanan kelayakan awal di gelanggang sendiri.

“Bagi saya, standard Palestin dan Timur Leste adalah lebih kurang sama dengan kita. Cuma, saya risaukan UAE dan Arab Saudi yang dianggap sebagai pencabar utama dalam kumpulan ini.

“Boleh dikatakan, saya berpuas hati dengan keputusan undian hari ini (semalam). Jika boleh, kita mahu memanggil lebih awal pemain-pemain untuk sesi latihan.

“Saya tidak mahu lagi skuad negara sekadar menjalani persiapan dalam tempoh seminggu berbanding pasukan lawan yang telah menjalani persediaan selama setahun,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis undian kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Kuala Lumpur semalam.

Dalam perkembangan sama, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan, badan induk bola sepak negara itu sudah bersedia untuk melakukan sesuatu dalam misi mengembalikan ke­gemilangan bola sepak negara.

Begitupun, Hamidin mengakui, ia bukan satu tugas yang mudah untuk menduduki kelompok 11 pasukan terbaik memandang­kan UAE sudah layak ke Piala Asia 2019 secara automatik selaku tuan rumah.

“Meskipun ranking kita jatuh ke tangga 164, namun FAM akur dengan kedudukan tersebut tetapi kita tidak boleh pandang ke belakang lagi.

“Sasaran kita adalah untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia dan 12 pasukan terbaik pula akan layak ke pusingan kelayakan akhir untuk Piala Dunia 2018 Rusia

“Bagi Piala Asia, perebutan akan menjadi persaingan 11 lagi pasukan memandangkan UAE sudah layak,” ujarnya.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0415&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3XKFqU1fo Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment