Beijing: Kemunculan sebuah
lubang misteri yang mengeluarkan api dan haba di lereng bukit di pinggir bandar
Urumqi menarik perhatian ahli geologi dan media sejak beberapa minggu lalu.
Menurut laman People’ Daily,
suhu haba dari lingkaran api di gunung yang terpencil itu setinggi 792 darjah
Celcius yang boleh dirasai dari jarak dua kilometer, malah pakar tidak dapat
menganggarkan kedalamannya disebabkan suhu yang panas melampau. .
Rakaman video menunjukkan
penduduk tempatan menyalakan ranting pokok dan rumput dengan api daripada
lubang selebar satu meter itu yang turut digelar ‘pintu masuk neraka’ oleh
pengguna Internet tempatan.
Penduduk tempatan memberitahu
media bahawa mereka mendapati tanah kawasan perumahan mereka panas sejak
akhir-akhir ini.
Bukit itu tidak terletak di
kawasan bergunung api dan pakar berpendapat lubang itu akibat pembakaran arang
batu di bawah tanah menyebabkan lapisan permukaannya runtuh.
Penyelia Biro Kejuruteraan
Kebakaraan Xinjiang Meitian, Chen Long berkata, ada lebih 12 lombong arang batu
kecil di situ pada 1970-an.
“Perlombongan primitif dan
teknik memadamkan api menyebabkan arang membakar di dalam tanah. Lombong yang
tidak ditutup dengan betul selepas tamat operasi menyebabkan api membakar ke
arah permukaan bumi,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada :
Sabtu, 11 April 2015 @ 5:25 AM
SEORANG penduduk menjenguk ke
dalam lubang yang mengeluarkan api di Urumqi.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/42988#sthash.9m0qzure.dpuf
No comments:
Post a Comment