Ad

Saturday 18 April 2015

ULASAN KARTUN SENDAL -ACAI


OLEH- AHMAD YAAKOB.

ACAI atau Yusof Nawi merupakan kawan sekelas saya mulai Tingkatan 1RK hingga Tingkatan 3 RK, di Sekolah Menengah Kamil, Pasir Puteh, Kelantan.Menurut ACAI ruangan SENDAL dalam 5 Minit akhbar  Kosmo diwujudkan untuk memberi pendapatan tambahan kepada pelukis-pelukis kartun yang bekerja dengan akhbar tersebut. Konsepnya terbuka kepada apa-apa sahaja karya samada berdasarkan isu semasa atau tidak. SENDAL merupakan ruangan tetap yang diterbitkan pada hari Isnin hingga Jumaat dalam ruangan 5Minit Kosmo. Antara kartunis yang melukis dalam ruangan ini ialah Dee, ACAI dan Kazim.


      Dalam SEDAL yang disiarkan dalam Kosmo Jumaat 17 April 2015 ACAI mengetengahkan isu kepentingan behenti merokok.Rokok merupakan barang yang dikenakan cukai yang tinggi setiap tahun. Oleh itu merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah seperti membakar duit. Pada bulan September 2014 harga rokok naik lagi sehingga Rm13 sekotak melibatkan jenama rokok seperti ;Peter Stuyvesan,Pall Mall,Rothmans,Kent, Benson & Hedges, Dunhill dan Lucky Strikes ACAI cuba menggambarkan seorang bapa yang ingin berjimat RM500.00 sebulan dengan berhenti merokok. Tetapi si isteri lebih bijak dengan meminta setiap awal bulan duit budget rokok sebanyak RM500.00 daripada suaminya.

No comments:

Post a Comment