OLEH AHMAD BIN YAAKOB.
ACAI atau Yusuff Nawi mula
mencipta karakter kartun bersiri Sarip Seorang Seniman sejak bulan Mei tahun
2005.[1]
Kartun bersiri ini disiarkan di dalam akhbar Kosmo .Menurut Acai kartun bersiri
ini memaparkan watak Sarip seorang seniman yang hidup di bandaraya Kuala
Lumpur. Kisah hidup Sarip diwarnai dengan kisah-kisah persahabatan, cabaran
seorang seniman, mencari pelakon bakatbaru dan persoalan isu semasa dalam kehidupan seharian bersama kawan-kawannya
seperti watak Nawie. Dalam Sarip Seorang Seniman Siri 2, Sarip cuba
menghiburkan sahabat baiknya Nawie dengan membacakan sajak ciptaannya sehingga
larut malam. Akhirnya Sarip pula yang tertidur di katil pesakit.Sifat budiman
Sarip ini tidak disenangi oleh jururawat hospital yang bertugas pada hari itu
kerana perbuatan Sarip tidur di katil pesakit boleh menjejaskan kesihatan
pesakit.
Sumber ACAI- Koleksi Sarip siri
2.[2]
Tahun 2015 kos sara hidup meningkat dan banyak harga barang keperluan harian naik.Sarip yang bimbang tentang kenaikan kos sara
hidup telah menelefon sahabatnya Nawie memasak makanan untuk makan malam.
Tujuannya ialah untuk menjimatkan perbelanjaan harian. Tetapi dasar penjimatan
tersebut tidak menjadi kerana Sarip membawa balik dua orang kawan untuk makan
malam bersama dirumah mereka.
No comments:
Post a Comment