Ad

Wednesday, 1 April 2015

Itali, England terikat 1-1

RABU, 1 APRIL 2015 @ 8:30 AM

TURIN: Jaringan pada minit akhir Andros Townsend menyaksikan England mengikat Itali untuk seri 1-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Juventus, awal pagi tadi.

Townsend yang dimasukkan sebagai pemain gantian meledak jaringan ketika perlawanan berbaki 11 minit lagi.

Itali sebelum itu berjaya menyumbat masuk gol menerusi Graziano Pelle pada minit ke-29 dan dominasi tuan rumah seakan-akan menyaksikan England gagal di Turin.

"Separuh masa pertama tidak menyaksikan tahap sebenar yang diharapkan. Ia jauh daripada standard yang ditetapkan," kata jurulatih England, Roy Hodgson.


Harry Kane antara yang mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama namun salah satu tandukannya ditepis oleh penjaga gol Itali, Leonardo Bonucci.

Ia disusuli rembatan Wayne Rooney, namun ia terkena palang gol lawan.

England menang semua tujuh perlawanan selepas mempamer aksi mengecewakan sejak Piala Dunia Brazil namun pertemuan dengan Itali dianggap ujian sebenar skuad bimbingan Hodgson itu.

Bagi jurulatih Itali, Antonio Conte beliau amat yakin dengan persembahan anak buahnya yang tampa cukup bersemangat bermain untuk negara.

"Kita mencatatkan kemajuan dalam beberapa sudut. Kita perlu bekerja keras lagi untuk meningkatkan permainan dan bermain sebagai satu pasukan," katanya. - AFP
 
REMBATAN pemain tengah England, Andros Twonsend (kanan) membolosi gawang Itali pada minit akhir perlawanan membantu England berkongsi mata dengan Itali dengan keputusan 1-1. - Foto AFP

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 1.4.2015 

No comments:

Post a Comment