Ad

Sunday 5 April 2015

Harimau Selatan baham ATM


 
SAFIQ (tengah) menjaringkan gol kedua buat Johor DT ketika menewaskan ATM 2-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam tadi.


JOHOR Darul Takzim (Johor DT) melakar kemenangan bergaya apabila membenam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam tadi, lapor SOPI SAMAILE.

Kemenangan itu hadir hasil jaringan Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-31 dan Safiq Rahim pada minit ke-56.

Kejayaan meraih tiga mata penuh itu membolehkan skuad Harimau Selatan melonjakkan diri dalam kalangan empat pasukan teratas dengan 11 mata.

Pasukan ATM turut beraksi dengan baik, namun kecemerlangan dua pemain import baharu Johor DT iaitu Patricio Rodrigues dan Alhaji Kamara nyata mempamerkan aksi menarik hingga berjaya mengucar-kacirkan pertahanan pasukan lawan.

Bagaimanapun, skuad Gladiators berjaya membuatkan pasukan tuan rumah tersentak apabila berjaya menjaringkan gol awal pada minit ke-22 hasil sepakan Jerry Nelson Palacios Suazo.

Pada perlawanan yang disaksikan kira-kira 25,000 penyokong, skuad Harimau Selatan dengan statusnya sebagai salah sebuah pasukan gergasi bola sepak tanah air nyata menguasai keseluruhan perlawanan dengan penguasaan 55 peratus berbanding ATM (45 peratus).

Memasuki perlawanan separuh masa kedua, permainan kedua-dua pasukan lebih seimbang apabila sering berbalas serangan.

Bagaimanapun, Johor DT yang dibimbing jurulatih Bojan Hodak melengkapkan kemenangan bergaya dengan jaringan Safiq hasil umpanan cantik Rodriques yang membawa bola dari tengah pandang, sekali gus mengatasi ATM, 2-1 sehingga tamat perlawanan.

SUMBER-

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3WPvwEd5f Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment