OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Falsafah pendidikan yang
berteraskan roh Islam – falsafah Islam untuk pendidikan.
Falsafah pendidikan Islam
bertujuan menyediakan manusia
dengan ilmu pengetahuan yang
cukup agar ia kenal akan
dirinya, tugas dan tanggungjawabnya serta mengetahui cara untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini.
Falsafah pendidikan Islam -
satu usaha berterusan untuk menyampaikan
ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan hadis
bagi membentuk hamba Allah sejati demi
mencapai kebaikan di dunia dan akhirat.
Definisi pendidikan Islam -
tarbiah, taklim, ta'dib, irsyad dan
tadris. Tarbiyah ialah proses pembenukan peribadi individu dari satu tahap
sehingga mencapai matlamat akhir iaitu insan sempurna yang mengabdi diri dengan
tulus ikhlas kepada Allah SWT.
Taalim dikaitkan dengan
pemindahan ilmu kepada manusia untuk merealisasikan fungsi, tugas dan statusnya
sebagai khalifah Allah SWT di bumi ini. Tadris membawa maksud pengajaran sesuatu
cabang ilmu yang ditujukan kepada seseorang individu.Tadib dihubungkait dengan
pembentukan adab atau sahsiah sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Irsyad
pula bermakna petunjuk berasaskan syariah.[1]
Takrif umum Pendidikan Islam -
suatu proses pembentukan
keperibadian manusia
berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah supaya menjadi hamba Allah SWT yang
beriman, bertaqwa dan beramal
soleh.[2]
Surah al-Alaq ayat I hingga 5 membuktikan pendidikan dan
berilmu pengetahuan merupakan risalah
terpenting dalam Islam.
Islam menekankan pengetahuan
berbentuk fardu ain dan fardu
kifayah di samping tidak
mengetepikan pengetahuan lain.
Berbeza dengan pendekatan sekularisme.
Islam memandang tinggi
orang-orang berilmu (ulama).
Sumber Pendidikan Islam :
al-Quran, as-Sunnah dan ijmak ulama.
Tujuan Pendidikan Islam
:
a. Mencari keredhaan Allah
b. Membentuk akhlak dan keperibadian mulia
c. Perwujudan diri
(sempurna kendiri - roh dan jasad)
Pendidikan Islam
menekankan keseimbangan antara roh,jasad dan akal.
Lima punca pengetahuan yang
diakui oleh falsafah Islam -deria, akal, institusi, ilham dan wahyu.
Dr. Said Ismail Ali - enam punca Pendidikan Islam :
a. al-Quran
b. Hadis
c. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW
d. Permasalahan sosial
e. Adat istiadat dan etika
masyarakat (sejarah)
f. Para pemikir Islam
Ciri-ciri Pendidikan
Pendidikan Islam merupakan tanggungjawab
peribadi,Islam tanggungjawab masyarakat
dan tanggunglawab pemerintah.
Pendidikan Islam bersifat
pragmatis - teori dan praktik sekaligus.
Pendidikan Islam zaman Khalifah
Umayyah mencapai tahap kecemerlangan.
Faktor-faktor
yang mendorong peningkatan
kemajuan pendidikan pada zaman kerajaan Umayyah :
a. Perkembangan kerajaan
Islam itu sendiri
b. Perkembangan ilmu
c. Perkembangan masyarakat
Islam.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan pendidikan pada zaman Umayyah
a. Gerakan agama
b. Gerakan falsafah
c. Gerakan sejarah.[3]
No comments:
Post a Comment