Ad

Tuesday, 7 April 2015

Harimau Kumbang tidak gentar

Oleh Anis Nabilla Md Wazilahsukan@hmetro.com.my
Pulau Pinang: Kekuatan mental dan semangat melawan kesebelasan utama Pulau Pinang menjadi bekalan berdepan Pahang pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Kapten Pulau Pinang Mohd Redzuan Nawi yakin kemampuan rakan sepasukan mengekalkan momentum selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) II di Stadium Bandaraya, Jumaat lalu.

Dia berkata, walaupun Pahang juara bertahan Piala FA dan memiliki kelebihan bermain di depan penyokong sendiri, situasi itu tidak membuatkan mereka gentar, sebaliknya bersemangat untuk mencipta kejutan.

“Bertandang ke tempat lawan bukan penghalang kami untuk memastikan kemenangan.

“Menduduki tangga teratas Liga Perdana menjadi pemangkin bagi mengekalkan prestasi cemerlang,” katanya.

Pemain tengah yang menyarung jersi nombor 23 itu turut yakin prestasi semakin berbisa jentera serangan akan berterusan di Kuantan nanti.

“Selepas beberapa perlawanan bahagian depan semakin menunjukkan prestasi baik untuk menjaringkan gol, malah kerjasama sepasukan juga semakin mantap.

“Ini elemen positif bagi menambah keyakinan semua pemain,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2015 @ 7:37 AM
DISYORKAN

- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/42011#sthash.Xzcz6iUg.dpuf

No comments:

Post a Comment