JUMAAT, 10 APRIL 2015 @ 8:45 PM
Liga Perdana: T-Team rampas teraju; UiTM, KL raih kemenangan Oleh Wan Fakhrul Bakar
dan Syafiq Aznan bhonline@bh.com.my KUALA LUMPUR: Kelab dari Terengganu, T-Team
merampas seketika tangga teratas Liga Perdana selepas mereka berjaya menewaskan
DRB-HICOM FC 2-1 di Stadium Proton, Tanjung Malim, petang tadi. Skuad kendalian
Tomislav Steinbruckner itu mendahului menerusi jaringan Farhod Tadjiyev pada
minit ke-41 sebelum penyerang import dari Uzbekistan berusia 29 tahun itu
menambah gol kedua pada minit ke-70. Gol tunggal tuan rumah diperoleh pada masa
kecederaan hasil jaringan Aris Zaidi. Kemenangan itu membolehkan T-Team
mengumpul 14 mata selepas tujuh perlawanan untuk berkelebihan menerusi
perbezaan
gol dengan pendahulu sebelum
ini, Pulau Pinang yang hanya akan turun beraksi menentang Negeri Sembilan (NS)
Matrix di Paroi, Ahad ini. Namun kedudukan T-Team di persada liga mungkin akan
dirampas Sabah andai pasukan yang kini turun seketika ke tangga ketiga itu
berjaya menewaskan PKNS FC di Stadium Likas, malam ini. Sementara itu, di
Stadium UiTM, Shah Alam, pasukan UiTM FC naik empat anak tangga ke kedudukan
keempat liga selepas berjaya mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dengan
menewaskan Kuantan FA 3-2, petang tadi. Tuan rumah selesa mendahului 2-0
menerusi jaringan Abdi Kassim Sadallah pada minit ke-15 dan Dao Bakary, minit
ke-39 sebelum malang menimpa Kuantan FA apabila terpaksa beraksi 10 pemain
selepas penjaga golnya, Judtanna Eh Put dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan
Nursalam Zainal Abidin di dalam kotak penalti. Sepakan penalti itu
disempurnakan Bakary untuk gol ketiga UiTM FC pada minit ke-72 tetapi Kuantan
FA tidak berputus asa dan akhirnya berjaya membalas dua gol lewat menerusi
sepakan penalti Milan Purovic pada minit ke-84 dan tandukan pemain import
baharu, Fabrice Noel, minit ke-87. Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pula, Kuala
Lumpur naik satu anak tangga ke kedudukan ke-10 selepas berjaya menamatkan
kemarau kemenangan sepanjang empat perlawanan apabila menewaskan pasukan
tercorot, KL SPA 1-0 menerusi jaringan tunggal Kalle Sone pada minit ke-70.
"Satu kemenangan yang penting. Harap ia dapat memberi keyakinan kepada
para pemain untuk melakukan yang lebih baik dalam perlawanan seterusnya bertemu
JDT II di Stadium Merdeka, Jumaat depan. "Apa pun masih banyak yang perlu
diperbaiki," kata pengendali sementara Kuala Lumpur, Tang Siew Seng ketika
ditemui selepas perlawanan, petang tadi.
KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA PERDANA, PETANG TADI
Di Stadium Proton, Tanjung Malim - DRB HICOM.......1 T-TEAM........2 DRB (Aris
Zaidi m-90+4) T-Team (Farhod Tadjiev m-41 & m-70) Di Stadium UiTM, Shah
Alam - UITM FC.......3 KUANTAN FA........2 UiTM (Abdi Kassim Sadallah m-15, Dao
Bakary m-39, m-72 -pen) Kuantan (Milan Purovic m-84, Fabrice Noel m-87) Di
Stadium MBPJ, Kelana Jaya - KL SPA........0 KUALA LUMPUR.......1 KL (Kalle Sone
m-70)
PEMAIN UiTM FC, Nursalam Zainal
Abidin (tengah) cuba melepasi kawalan dua pemain Kuantan FA, Lee Kwang Hyeon
(kiri) dan Hazwan Fakhrullah pada perlawanan Liga Perdana di Stadium UiTM, Shah
Alam, petang tadi. - Foto Osman Adnan DISYORKAN
SUMBER:
http://www.bharian.com.my/node/46797
No comments:
Post a Comment