JUMAAT, 3 APRIL 2015 @ 7:34 PM
Oleh Wan Fakhrul Bakar-wanfakhrul@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Kedah berjaya
menamatkan kemarau kemenangan sepanjang empat aksi terakhir liga selepas
menewaskan Kuala Lumpur 1-0 pada aksi Liga Perdana di Stadium Merdeka, petang
tadi.
Gol tunggal menerusi rembatan
penyerang import, Chidi Edeh pada minit ke-22 sudah cukup untuk memberikan
kemenangan kedua Kedah kendalian Tan Cheng Hoe pada aksi yang dilewatkan 30
minit sepak mulanya kerana masalah jaring di tiang gol.
Bagi Kuala Lumpur, mereka terus
kempunan untuk mendapatkan kemenangan kedua biarpun kini mendapat sentuhan
pengendali sementara, Tang Siew Seng yang menggantikan jurulatih dari Portugal,
Ricardo Formosinho yang direhatkan selain dapat beraksi semula di Stadium
Merdeka selepas masalah rumput selesai.
Kedah beroleh beberapa peluang
terbaik pada separuh masa kedua, namun kedudukan 1-0 itu kekal sehingga wisel
penamat.
Sementara itu, di Stadium MBPJ,
Kelana Jaya, PKNS FC berjaya mengikat Negeri Sembilan (NS) Matrix 1-1.
Di Stadium UiTM, Shah Alam
pula, tuan rumah UiTM FC berjaya menewaskan pasukan tercorot, KL SPA 3-1.
Tiga lagi perlawanan
berlangsung, malam ini.
KEPUTUSAN LIGA PERDANA
Kuala Lumpur.. 0 Kedah.. 1
PKNS FC... 1 NS Matrix... 1
UiTM FC... 3 KL SPA.... 1
PEMAIN Kedah Keith Nah (tengah)
diasak dua pemain Kuala Lumpur pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Merdeka
hari ini. - Foto Bernama
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE
3.4.2015
No comments:
Post a Comment