Ad

Saturday 4 April 2015

Terkejut nampak letupan di udara


HULU LANGAT 4 April – Mayat enam mangsa tragedi helikopter AS365 yang terhempas di sebuah ladang di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih di sini berjaya dikeluarkan sebelum tengah malam ini.

PASUKAN penyelamat membawa keluar mayat mangsa nahas helikopter di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, Hulu Langat, Selangor, semalam.
Mayat pertama dibawa keluar pada pukul 11.20 malam dan bungkusan terakhir yang ketujuh, dipercayai cebisan mayat dibawa keluar pukul 11.34 malam.
Kesemua mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tujuan forensik dan bedah siasat.

Sementara itu Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, pihaknya akan menutup kawasan nahas di ladang terbabit untuk siasatan terperinci.
Beliau berkata, kawasan berkenaan akan ditutup kepada orang awam sehingga kerja-kerja siasatan selesai dilakukan.

“Kerja siasatan di lokasi nahas akan disambung esok. Namun begitu, pasukan forensik polis masih berada di tempat kejadian.
“Setakat ini, kami masih belum menentukan sejauh mana radius kawasan itu akan ditutup, namun saya jangka ia akan dilakukan secara berperingkat sehingga siasatan selesai,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Ditanya tentang proses membawa keluar mangsa, Abu Samah menjelaskan, keadaan agak sukar memandangkan kawasan nahas agak curam.
“Malah tebing di kawasan tersebut juga agak licin dan menyukarkan kerja-kerja terbabit,” ujarnya.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/enam-mayat-dibawa-keluar-sebelum-tengah-malam-1.77318#sthash.8pAm7n5K.dpuf

No comments:

Post a Comment