Ad

Monday, 27 April 2015

KARTUNIS ACAI DAN ISU KWSP

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
KUALA LUMPUR: Cadangan menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun dibuat khusus untuk menangani isu ketidakcukupan simpanan persaraan majoriti besar ahli apabila mereka bersara pada umur 55 tahun.Dalam catatan di laman Facebook KWSP, mereka menyifatkan tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi berhubung pelaksanaan isu pengeluaran umur 55 tahun yang dicadangkan dinaikkan ke 60 tahun.
"KWSP tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi berhubung pelaksanaan isu Pengeluaran Umur 55 Tahun yang dicadangkan dinaikkan ke 60 tahun sepertimana, pandangan sesetengah fan FB KWSP yang mencurigai cadangan ini.

"Adalah penting dijelaskan di sini, bahawa perubahan kepada umur pengeluaran ini dibuat khusus untuk menangani isu ketidakcukupan simpanan persaraan majoriti besar ahli KWSP apabila mereka bersara pada umur 55 tahun," katanya di laman Facebook berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, agensi itu sedang menimbang menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun.Kata Shahril, negara perlu menangani isu pengeluaran simpanan pada usia 55 tahun berbanding usia persaraan baharu pada 60 tahun, jika tidak ia akan menjadi bebanan kepada masyarakat untuk menguruskan orang-orang yang bersara tanpa wang yang mencukupi dalam akaun mereka.[1]

      Menurut ACAI mulai alaf baru beliau meneruskan minat dalam dunia kartun di Malaysia yang semakin suram dengan melukis di ruangan SENDAL di KOSMO, kartun bersirinya Sarip Seorang Seniman dan Tuan Pendeta. Tuan Pedeta merupakan kartun bersiri bercorak purbawara  yang jarang dilukis oleh kartunis alaf baru.[2]
  
Ruangan SENDAL turut digunakan oleh Yusuf Nawi atau ACAI untuk menyentuh isu had umur unuk pencarum mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP. Watak tanpa nama dalam ruangan SENDAL menyangka pakcik yang ditemuinya sudah mengeluarkan duit carumannya di KSWP kerana perawakanya yang botak dan gemuk kelihatan seperti seorang yang berusia 55 tahun. Sedangkan umur sebenarnya baru mencecah 45 tahun. SENDAL Jumaat 24 April 2015 juga digunakan oleh ACAI untuk membicarakan kebimbangan si isteri suami mereka akan menggunakan wang KWSP untuk kahwin seorang lagi. Dalam siri JUSOH NET, ACAI juga memuatkan isu had umur untuk mengeluarkan caruman KWSP.








Penulis menemu ramah ACAI rakan sekelas di tahun 1977-1979 di SMK Kamil Pasir Puteh.
Temu ramah ini dilakukan di Kafe KPM, Putrajaya.

Dalam ruangan Sarip Seorang Seniman keluaran Ahad 26 April, ACAI  turut menyentuh isu  penggunaan wang KWSP bagi pencarum yang telah berusia 55 tahun. Jiran Sarip yang telah genap 55 tahun menggunakan duit KWSP untuk membeli kereta secara tunai. Tetapi Sarip lupa beliau tidak boleh iri hari dengan jirannya kerana beliau bekerja sendiri dan tidak mempunyai caruman di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Melalui watak Sarip ACAI cuba mengkritik sikap orang-orang Melayu yang iri hati dengan kelebihan yang ada pada jiran sebelah rumah.  





[1]http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengeluaran-pada-umur-60-tahun-kami-tiada-agenda-tersembunyi-kwsp-,1.
[2] Temu ramah dengan ACAI pada 24 April 2015.

No comments:

Post a Comment