KHAMIS 9.4.2015
WARTAWAN SINAR HARIAN
9 April 2015
Mahathir Dr Mahathir Mohamed. -
Foto Bernama
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M).
Menurut Najib perkara itu
dinyatakan kepadanya dalam pertemuan antara dua pemimpin itu yang diadakan di
rumah Dr Mahathir sendiri.
"Saya sendiri pergi ke
rumah beliau untuk bertemu dengannya," katanya.
Dalam pertemuan itu, Najib
turut mendedahkan, terdapat beberapa perkara yang dilakukannya tidak
dipersetujui oleh Dr Mahathir.
"Ada satu, dua perkara
beliau tak setuju saya buat. Antaranya BR1M. Beliau juga meminta saya buat
jambatan bengkok di Tambak Johor," katanya yang menganggap perbincangan
itu satu perbincangan sihat antara dua pemimpin.
Bagaimanapun, tegas Najib,
sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno dan parti (BN), beliau perlu
bertanggungjawab kepada rakyat serta parti," katanya ketika mengulas
kritikan pedas Dr Mahathir, baru-baru ini dalam satu wawancara khas yang
disiarkan TV3, malam ini.
Tambah Najib, pemberian BR1M
kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan bukan satu
'handout'.
Sebaliknya, Najib menjelaskan,
ia adalah satu bentuk jaringan keselamatan sosial untuk golongan itu.
Beliau berkata pemberian BR1M yang
dicadangkan oleh Jawatankuasa Dasar Fiskal itu dapat memberi timbal balas
kepada golongan berpendapatan rendah berikutan pengurangan dan pemansuhan
subsidi.
Menurutnya banyak negara juga
mempunyai sistem jaringan keselamatan sosial dalam pelbagai kaedah bagi membela
nasib rakyat mereka.
Najib berkata, beliau tetap
menghormati bekas Perdana Menteri itu sama seperti menghormati rakyat Malaysia
yang lain.
"Saya terbuka kepada
mana-mana pihak termasuk rakyat yang hendak mengkritik pentadbiran saya. Cuma
saya berharap, kritikan yang dikemukakan mestilah berhemah dan
bertanggungjawab.
"Setiap kritikan yang
diterima, saya teliti, namun, sebagai Perdana Menteri dan presiden parti, saya
perlu bertanggungjawab kepada rakyat dan parti," tegas beliau.
Sumber-SINAR HARIAN ONLINE
9.4.2015
No comments:
Post a Comment