Ad

Saturday, 18 April 2015

Kelantan kalah lagi.

Oleh AHMAD YAAKOB.
Jurulatih Azraai Khor Abdullah tewas lagi buat kali kedua setelah pasukan Kelantan kalah ditangan Johor Darul Takzim 3-1 di Stadium Larkin semalam. Pada peringkat awal permainan Kelantan bermain dengan baik apabila  penyerang impot baharu Kelantan IwujiAmamchi yang menerima hantaran Gilmar Da Silva berjaya melepasi Marcos Antonio sebelum merembat kencang kelepasi jangkaan penjaga gol Johor JDT Izham Tarmizi. 

      Namun pasukan Johor DT bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Harris Harun pada mini ke-18, dikuti dengan jaringan Alhaji Kamara pada minit ke-22. Mohd Amri Yahya menambah derita Kelantan dengan menjaringkan gol yang ketiga pada minit ke-42 perlawanan. Kedudukan 3-1 kekal hingga tamat permainan. Kekalahan dalam perlawanan kelapan ini menyaksikan Kelantan terperosok ketangga ke-10 liga. Keduadukan yang paling teruk dalam sejarah kebangkitan Kelantan sebagai pasukan yang digeruni dalam Liga Supet sejak tahun 2009.

PEMAIN JOHOR DT
24 MOHD IZHAM TARMIZI
12 S. KINALAN
06 MARCOS ANTONIO
27 FADHLI SHAS
04 ASRARUDDIN PUTRA
16 SHAKIR SHAARI
14 HARISS HARUN
17 AMRI YAHYAH
08 SAFIQ RAHIM
11 PATRICIO RODRIGUIEZ
09 ALHAJI  KAMARA

PEMAIN KELANTAN
19 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
 05 NIK SHAHRUL AZIM
04 JONATHAN MCKAIN
06 MOHD FARISHAM ISMAIL
03 FITRI OMAR
02 NORHAFIZ ZAMANI MISBAH
12 AMAR ROHIDAN
16 M BADHRI RADZI
23 KHAIRUL IZUAN ROSLI
47 IWUJI AMAMCHI
50 GILMAR JOSE DA SILVA FILHO
PEMAIN GANTIAN

13 AHMAD FAKRI SAARANI

No comments:

Post a Comment