Ad

Wednesday, 8 April 2015

Piala FA: Lions XII gah benam JDT II 2-0

RABU, 8 APRIL 2015 @ 10:01 PM
PEMAIN JDT II, Izuan Jarudin (dua dari kanan) berebut bola dengan pemain Lions XII, Khairul Amri (dua dari kiri) pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
SINGAPURA: Wakil Singapura, Lions XII mencerahkan peluang untuk melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan pasukan Liga Perdana, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 2-0 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Jalan Besar, di sini, malam ini.

Selepas mendahului seawal minit kelima menerusi Khairul Amri Kamal, skuad kendalian Fandi Ahmad itu membawa bekalan selesa untuk aksi kedua di Pasir Gudang, 22 April ini apabila Christopher van Huizen menambah gol kedua tuan rumah pada masa kecederaan.

Terdahulu, tiga perlawanan suku akhir pertama yang berlangsung semalam menyaksikan juara bertahan, Pahang menewaskan pasukan Liga Perdana, Pulau Pinang 2-0 di Kuantan, Sime Darby FC mengikat Kelantan 1-1 di Selayang manakala Terengganu turut seri 1-1 dengan Perak di laman sendiri.


No comments:

Post a Comment