AHAD, 26 APRIL 2015 @ 11:07 PM
PEMAIN Everton, John Stones
beraksi bersama pemain Manchester United, Radamel Falcao. - Foto REUTERS
LIVERPOOL: Everton berjaya melangkah masuk ke kedudukan 10 teratas Liga Perdana
Inggeris selepas menewaskan Manchester United 3-0 di gelanggang sendiri, malam
ini. James McCarthy menjaringkan gol pembukaan Everton seawal minit kelima
sebelum John Stones menggandakan kedudukan pada minit ke-35 untuk tuan rumah
mendahului 2-0 pada separuh masa pertama. United gagal bangkit sebaliknya
dibolosi gol ketiga tuan rumah menerusi Kevin Mirallas pada minit ke-74. Dengan
kekalahan itu, United kekal di tangga keempat liga, satu mata di belakang
Arsenal yang berdepan pendahulu liga, Chelsea, jam 11 malam ini tetapi masih
tujuh mata mengatasi pasukan tangga kelima, Liverpool. - AP
Sumber:
http://www.bharian.com.my/node/50035
No comments:
Post a Comment