KHAMIS 4.6.2015
RABU, 3 JUN 2015 @ 7:20 PM
KETUA
jurulatih skuad Malaysia B-23, Ong Kim Swee (dua dari kanan) memberi arahan
kepada Gary Robbat semasa bertemu Timor Leste ketika perlawanan Kumpulan B Sukan
SEA ke-28 Singapura 2015 di Stadium Bishan, Singapura. - Foto Hairul Anuar Abd
Rahim SINGAPURA: Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim
Swee memberi bayangan bakal membuat rombakan pemain besar-besaran dalam aksi
genting berdepan juara bertahan, Thailand pada perlawanan ketiga Kumpulan B
Sukan SEA 2015 di Stadium Bishan, esok. Beliau berkata perubahan pemain penting
dalam mengekang jentera serangan berbahaya skuad 'Gajah Perang' itu yang turut
diperkuatkan pemain terbaik Piala AFF Suzuki 2014,
Chanatip Songkrasin yang
mendapat jolokan 'Messi Jay' kerana memiliki pergerakan lincah. "Apa yang
mustahak di sini, kita harus berwaspada dengan setiap gerakan mereka (Thailand)
dan pada masa sama, kita perlu tahu, kita perlu menang," katanya ketika
ditemui pemberita pada sesi latihan skuad B-23 negara di Padang Politeknik
Nanyang di sini, hari ini. "Jadi, kita perlu memikirkan cara atau corak
serangan kita selain memikirkan kesemua (pemain) pasukan Thailand," kata
pengendali berusia 44 tahun itu.
Pada masa sama, Kim Swee turut meminta
pemainnya supaya mengenepikan beberapa faktor sampingan pada pertemuan genting
itu, termasuk keadaan cuaca panas terik kerana perlawanan berdepan Thailand itu
bakal berlangsung pada sebelah petang. "Apabila kita turun esok, sudah
tentu aspek taktikal memainkan peranan namun akhirnya bagi saya, mentaliti para
pemain. "Jika kita inginkan keputusan positif, sudah tentu kita tidak
boleh fikirkan cuaca, kepenatan... kita harus tolak ke tepi perkara yang akan
memberi kesan negatif kepada pasukan," kata Kim Swee yang membimbing
pasukan Malaysia muncul juara edisi 2011 di Palembang, Indonesia. Malaysia
perlu menang ke atas Thailand dalam usaha menghidupkan kembali peluang layak ke
peringkat separuh akhir. Berdasarkan format kejohanan, hanya dua pasukan
terbaik daripada Kumpulan A dan B layak ke separuh akhir temasya dwitahunan
itu. Untuk rekod, Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Timor Leste pada aksi
pembukaan, Sabtu lepas sebelum diaibkan 1-5 oleh Vietnam pada aksi kedua di Stadium
Bishan, semalam. - Bernama
Sumber :
http://www.bharian.com.my/node/58940
No comments:
Post a Comment