Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI dan
TENGKU ASYRAF TENGKU SALLEHUDDIN
PEMAIN skuad bola sepak negara
giat menjalani latihan menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang Hong
Kong di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu ini.
TIDAK sakit mahupun kecewa,
sebaliknya Dollah Salleh mengakui beliau semakin ‘pening’ untuk menyenaraikan
23 pemain bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.
Masakan tidak, jurulatih
Harimau Malaya itu memuji kesungguhan dan komitmen 31 pelatih pasukan
kebangsaan sepanjang sesi latihan.
Ini sekali gus menyebabkan
beliau semakin sukar untuk memilih pemain-pemain yang akan dibawa bersama skuad
kendaliannya nanti.
Malah, bekas pengendali Pahang
itu tanpa berselindung memuji persembahan positif bintang Johor Darul Takzim,
Safee Sali yang berjaya meledak dua gol ketika menewaskan Kuantan FA, biarpun
tampil sebagai pemain gantian dalam aksi ‘pemanas badan’ itu kelmarin.
“Semalam (kelmarin) perlawanan
(menentang Kuantan FA) tertutup tetapi saya nampak semakin sukar untuk pilih 23
pemain sampai saya terpaksa buat perlawanan persahabatan sesama sendiri untuk
tengok lagi kebolehan mereka.
“Mungkin petang Jumaat ini baru
saya akan umumkan tetapi kalau kita tengok empat penyerang utama iaitu Mohd.
Amri Yahyah, Afiq Azmi, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee, semua menunjukkan
apa yang saya mahu.
“Saya tidak rasa kesal
memanggil Safee kerana dia begitu bersemangat untuk bermain dan salah
satunya, dia cukup menonjol ketika sesi latihan,” katanya kepada pemberita
ketika ditemui di Wisma FAM Kelana Jaya semalan.
Dalam perkembangan lain, Dollah
tidak menolak kemungkinan untuk mengkaji semula bahagian tengah sebagaimana
beliau hanya mahu menggunakan empat pemain sayap.
“Bukan sahaja di bahagian
tengah tetapi saya juga memiliki banyak pilihan di bahagian pertahanan.
“Jadi, mungkin saya mahu tiga
atau empat sahaja pemain sayap yang mana dua atau tiga pemain akan ditolak.
Cuma, saya kena perhatikan betul-betul.
“Saya mahu tengok dulu ketika
mereka beraksi pada perlawanan antarabangsa (menentang Hong Kong pada 6 Jun
ini), takut tidak sama seperti prestasi menentang pasukan tempatan,” katanya.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0603&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3c09DAzPH
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment