Ad

Saturday 1 December 2018

Ayuh, teruskan sokongan anda

PENYERANG Malaysia,  Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak mengharapkan
PENYERANG Malaysia, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak mengharapkan sokongan padu terus diberikan kepada skuad kebangsaan apabila Harimau Malaya akan bertemu Thailand dalam aksi separuh akhir Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
01 Disember 2018 2:46 PM

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd. Razak menyifatkan tidak mustahil untuk dia dan rakan sepasukannya mencipta kemenangan ke atas Thailand dalam aksi separuh akhir Piala AFF yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Penyerang skuad kebangsaan itu menyedari harapan menggunung diletakkan di barisan pemain dan walaupun lawan yang dihadapi bukan calang-calang pasukan namun berbekalkan sokongan padu penyokong Harimau Malaya tidak mustahil kemenangan dapat dicapai.


“Kami tahu harapan penyokong amat tinggi dan kami faham. Sudah pasti kami mahu memberi aksi terbaik untuk mendapatkan keputusan yang bagus. Saya fikir tidak mustahil untuk bertemu pasukan yang kuat seperti Thailand, apa pun boleh berlaku.

“Yang penting kami bermain dalam satu pasukan dan semangat juang yang tinggi, kami mampu atasi Thailand.

“Sokongan yang diberikan oleh peminat amat memberangsangkan dengan memenuhi setiap sudut stadium. Sebagai pemain, apabila kami melihat penyokong menyanyi dan memberikan sorakan, penat lelah kami berlari di atas padang tidak begitu terasa. Terima kasih kepada penyokong Harimau Malaya,” katanya kepada pemberita di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Biarpun Thailand menjadi pasukan pilihan selepas mereka turun selaku juara bertahan namun Malaysia tidak pernah kalah kepada skuad Gajah Perang itu di laman sendiri dalam perlawanan bola sepak peringkat senior sejak 1971 sekali gus menjadi motivasi terbaik untuk Harimau Malaya pada malam ini.

Selepas ini, Malaysia akan bertandang ke Bangkok pada 5 Disember ini bagi menghadapi aksi timbal balil. - UTUSAN ONLINE
sumberArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/ayuh-teruskan-sokongan-anda-1.797357#ixzz5YQS1LJtt
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment