10 Disember
2018 9:10 AM
ZAQUAN
KAPTEN skuad
Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd. Radzak optimis pasukannya tidak akan lagi
mensia-siakan peluang keemasan ketika melayan kunjungan Vietnam pada dalam aksi
final pertama Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 di
Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam esok.
Skuad
kendalian Tan Cheng Hoe umpama ‘mati akal’ apabila seri tanpa jaringan ketika
menentang Thailand pada aksi separuh akhir pertama di gelanggang keramat
negara itu awal bulan ini.
Namun, nasib
menyebelahi skuad Harimau Malaya melangkah ke pentas final buat kali keempat dengan
kelebihan gol tempat lawan selepas mengikat juara bertahan itu 2-2 di Stadium
Rajamangala, Bangkok minggu lalu.
Susulan itu,
Zaquan berharap barisan pemain memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diperoleh
terutama dengan sokongan padu 80,000 penyokong sendiri di stadium terbesar
negara nanti.
“Saya akui
bermain di laman sendiri memberi kelebihan untuk mana-mana pasukan tetapi jika
pasukan gagal menjaringkan gol, ia tetap tidak memberi sebarang bekalan baik
buat skuad negara.
“Namun,
keputusan tersebut akan dianggap sebagai positif andai skuad negara mampu
menyekat pasukan lawan daripada menjaringkan sebarang gol.
“Saya anggap
pengalaman separuh akhir menentang Thailand sebelum ini dapat diulangi dengan
situasi berbeza iaitu dengan bekalan gol,” katanya yang sudah meledak tiga gol
pada kejohanan ini.
Ini merupakan
kali pertama pemain berusia 31 tahun itu beraksi di pentas final Piala AFF
Suzuki selepas tiga penampilan mewakili negara pada edisi 2008 dan 2016.
SUMBER-KOSMO
ONLINE 10 Disember 2018 9:10 AM
No comments:
Post a Comment