Oleh
Khairil S Iswan
Marang: Insiden yang berlaku
pada dua kilometer (km) terakhir sebelum garisan penamat pada Peringkat 8, Le
Tour de Langkawi (LTdL 2014), semalam membabitkan jaguh pecut, Anuar Manan
merencatkan perancangan Terengganu Cycling Team (TSG) untuk melakukan kejutan pada
tempat sendiri.
Sejurus Anuar terjatuh,
perancangan pasukan untuk membawa Mohd Harrif Salleh ke depan gagal
dilaksanakan dan sekadar berpuas hati menamatkan perlumbaan di Marang di
kedudukan ke-11. “Memang kecewa kerana hari ini (semalam) perlumbaan berakhir
di tempat sendiri. Kami sebenarnya sudah biasa dengan penamat di sini namun ia
sudah pun berakhir dan kami akan rancang strategi untuk esok (hari ini),” kata
Anuar.
Tiada tuah
Dalam pada itu, Harrif yang
terus menamatkan perlumbaan selaku pelumba terbaik Asia dan Malaysia turut
menyifatkan nasib tidak menyebelahi mereka ditambah perlumbaan yang menjadi
semakin sukar.
“Perlumbaan hari ini (semalam)
amat laju dan ditambah dengan insiden yang berlaku kepada Anuar, ia menambah
kesukaran buat saya.
“Apabila sudah tercicir, untuk
mengejar balik pada jarak 400 meter terakhir memang cukup penat dan ditambah
dengan henjutan yang dibuat pasukan Belkin, ia memang sukar buat saya.”
Berbaki dua perlumbaan, hasrat
TSG yang mensasarkan untuk muncul pemenang peringkat di tempat sendiri nampak
sukar dengan kebanyakan pasukan terutama ProTeam mula mempamerkan belang
sebenar.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE
8.3.14
No comments:
Post a Comment