SABTU, 5 MAC
2016 @ 12:22 AM
PEMAIN pasukan
Kedah, Mohd Rizal Ghazali (kiri) dan pemain pasukan Kelantan, Daudsu Jamaluddin
(kanan) ketika beraksi di perlawanan Piala FA Kedah menentang Kelantan di
Stadium Darul Aman. - Foto Amran Hamid KUALA LUMPUR:
Kelantan
tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas 5-4 di tangan Kedah menerusi
sepakan penentuan dalam aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Darul Aman,
sebentar tadi. Terikat 1-1 selepas 90 minit perlawanan menerusi jaringan
Johathan McKain dan Khairul Helmi Johari, aksi kedua-dua pasukan terpaksa
berlanjutan sehingga ke masa tambahan yang menyaksikan beberapa deretan peluang
gagal disudahkan, sekali gus memaksa kemenangan ditentukan menerusi sepakan
penalti.
Kedah terlebih
dulu mengambil sepakan penalti yang disudahkan Sandro Da Silva sebelum diikat
1-1 oleh Jonathan McKain. Penyerang import Kedah, Carlos Kahe menjadikan
kedudukan 2-1 sebelum penalti oleh Indra Putra Mahayuddin menyamakan kedudukan
untuk 2-2. Debaran kian dirasai apabila Syafiq Ahmad turut menyempurnakan
sepakan penalti ketiga, diikuti oleh Wan Zack Haikal Wan Noor bagi kedudukan
3-3, sebelum Bang Seung Hwan dan Jonatan Lucca masing-masing menyempurnakan sepakan
penalti untuk kedudukan 4-4. Sepakan penalti kelima disempurnakan oleh Liridon
Krasniqi, namun kegagalan Khairul Izuan Rosli selaku pengambil sepakan penalti
terakhir menyebabkan Kelantan berputih mata apabila tendangannya terkena tiang
gol, sekali gus menyaksikan tuan rumah mara ke suku akhir menyertai Johor Darul
Ta'zim (JDT) dan PDRM.
No comments:
Post a Comment