Ad
Labels
- AGAMA
- AKHYARLSJDT
- ARKIB LIGA MALASIA
- BELASUNGKAWA
- BICARA AGAMA
- HADIS-JAKIM
- HARI INI DALAM SEJARAH
- HIDUPAN LIAR
- HOKI MALAYSIA
- KARTUN
- PASIR PUTEH
- PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA
- PELANCONGAN
- PEMAIN MUDA 2017
- PENDIDIKAN
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH AHMAD
- PIALA DUNIA
- PIALA FA
- PIALA MALAYSIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH STPM PI
- SELANGOR 2008
- SIRAH NABI
- SMK JENGKA2
- SUKAN KOMANWEL
- VIDEO SEJARAH
Friday, 18 March 2016
Nazrin, Adam perkasa skuad
Petaling Jaya: Ketika pengendali Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee
masih menantikan pasukannya lengkap dengan 23 pemain esok, dua pemain dari
Johor Darul Ta’zim (Johor DT) S Chanturu dan Fazly Mazlan pula terpaksa
diketepikan akibat kecederaan.
Kim Swee mengesahkan menerima laporan perubatan kedua-dua pemain itu
semalam dan membuat keputusan untuk memanggil pemain sayap Nazrin Nawi (Johor
DT) dan pertahanan Adam Nor Azlin (Selangor) bagi mengisi posisi itu.
“Kami menerima laporan doktor dari pihak pengurusan Johor DT dan
menyatakan mereka (Chanturu dan Fazly) memerlukan rehat panjang jadi saya
terpaksa membuat keputusan untuk memanggil Adam dan Nazrin.
“Fazly mengalami kecederaan di buku lali manakala Chanturu betis jadi
mereka memerlukan kemungkinan dua minggu untuk pulih. Masa agak singkat untuk
saya memikirkan kedua-dua pemain ini jadi saya buat keputusan memanggil
pengganti,” katanya.
Jurulatih berusia 45 tahun itu mengakui ketiadaan Chanturu dan Fazly
sedikit menjejaskan perancangannya apatah lagi beliau kekurangan pemain di
posisi kiri.
“Kami tahu Nazrin beraksi bersama Johor DT dalam Piala AFC tempoh hari
dan Adam bermain bersama Selangor secara tetap jadi saya tak nampak sebarang
masalah di sini.
“Namun sedikit merisaukan adalah posisi di sebelah kiri yang mana
kemungkinan pemain sedia ada terpaksa bertukar posisi ke sebelah kiri contohnya
Azrif (Nasrulhaq Badrul Hisham) dan S Kunanlan,” jelas Kim Swee.
Ketika ini hanya 12 pemain menjalani latihan pusat skuad kebangsaan sejak
Isnin lalu dengan baki pemain dari Johor DT dan Perak bakal menyusul selepas
aksi suku akhir pertama Piala FA hari ini.
Skuad Harimau Malaysia akan bertolak ke Jeddah esok bagi aksi kelayakan
Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 menentang Arab Saudi pada 24 Mac sebelum
pulang ke tanah air untuk mengharungi perlawanan persahabatan dengan Macau di
Stadium Hang Jebat Melaka pada 29 Mac.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2016 @ 5:24 AM
KIM Swee (tengah) memantau sesi latihan skuad kebangsaan di padang Wisma
FAM.
- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/123802#sthash.4aOcCnVt.dpuf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment