Ad

Tuesday 22 March 2016

Pemain badminton muda negara gegar Romania

 Oleh Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my KUALA LUMPUR: Barisan pemain badminton muda negara cemerlang apabila membawa pulang tiga gelaran juara dan dua naib juara pada saingan Siri Antarabangsa Romania, hari ini.

Pasangan beregu campuran, Wong Fai Yin-Shevon Lai meraih gelaran antarabangsa pertama mereka apabila menundukkan gandingan rakan senegara, Ong Yew Sin-Peck Yen Wei 21-5, 21-17 dalam aksi final di Dewan Sukan Constantin Jude.

Dalam final perseorangan wanita, naib juara remaja dunia 2015, Lee Ying Ying merekodkan gelaran antarabangsa pertama di pentas senior apabila mengetepikan cabaran rakan senegara yang lebih berpengalaman dan pilihan kelima, Lim Yin Fun 17-21, 21-13, 21-9. LEE Ying Ying tewaskan rakan senegara, Lim Yin Fun 17-21, 21-13, 21-9. –

Foto Owee Ah Chun Turut cemerlang beregu lelaki, Teo Ee Yi-Yew Sin yang meraih gelaran antarabangsa kedua mereka selepas menundukkan Zvonimir Durkinjak-Zvonimir Hoelbling 21-13, 21-9. Ia gelaran kedua Ee Yi-Yew Sin selepas meraih kejuaraan di Portugal, minggu lalu. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi beregu wanita negara, Goh Yea Ching-Yen Wei apabila tewas kepada gandingan, Jessica Pugh-Cheryl Seinen 19-21, 15-21 sekali gus sekadar bergelar naib juara.


Sumber: http://www.bharian.com.my/node/135524

No comments:

Post a Comment