SKUAD bola
sepak negara berlepas ke Jeddah semalam bagi mengharungi aksi terakhir peringkat
Kumpulan A menentang Arab Saudi pada kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala
Asia 2019.
SKUAD bola
sepak kebangsaan berlepas ke Jeddah semalam untuk melengkapkan kempen mereka
pada saingan peringkat Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.
Mereka akan
menentang Arab Saudi pada perlawanan terakhir tersebut awal pagi Jumaat ini dan
apa yang pasti, impian skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu untuk meraih
kemenangan memang suatu yang sangat sukar.
Bukan bertujuan
merendahkan kewibawaan skuad negara tetapi ia adalah berdasarkan prestasi
Malaysia di pentas antarabangsa sejak beberapa tahun lalu.
Andai beraksi
di tempat sendiri pun terlalu mudah dibelasah, inikan pula bermain di tempat
lawan.
Aksi terakhir
itu merupakan pelengkap jadual buat skuad negara yang kini sedang dalam proses
penyusunan semula untuk membentuk pasukan kebangsaan lebih berdaya saing
seperti dijanjikan Kim Swee sejak dilantik menjadi jurulatih pada Januari tahun
ini.
Dua pasukan ini
sudah membuat perhitungan pada aksi pertama di Stadium Shah Alam pada September
lalu, namun perlawanan tersebut dihentikan pada minit ke-88 gara-gara kekecohan
penonton dan ketika itu Malaysia ketinggalan 1-2.
Namun, Arab
Saudi telah diberikan kemenangan percuma 3-0 dan Malaysia pula didenda beraksi
dalam stadium tanpa penonton.
Bagi Kim Swee,
walaupun tahu perlawanan terakhir menentang Arab Saudi ini memang sukar tetapi
beliau mahukan barisan pemainnya membuktikan sesuatu dengan gaya permainan yang
lebih meyakinkan.
“Sebelum ini,
kita kalah 0-3 kepada mereka. Kita tahu Arab Saudi merupakan sebuah pasukan
yang cukup kuat. Kali ini kita beraksi di tempat lawan, sudah tentu mereka
memiliki keyakinan yang cukup tinggi.
“Saya harap
semua pemain mengekalkan fokus serta beraksi dengan penuh berdisiplin. Ketika
aksi di Malaysia, kita mampu memberi tentangan yang cukup hebat kepada mereka.
Jadi, saya mahu pemain-pemain menampilkan aksi serupa pada perlawanan itu
nanti,” kata Kim Swee ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) semalam.
SUMBER-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz43USJPigp
Hakcipta terpelihara
Kami perlu
buktikan – Kim Swee
Oleh MUHAMMAD
HELMEE RAMLI
BARISAN pemain
skuad bola sepak negara berlepas ke Jeddah semalam untuk menentang Arab Saudi
pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala
Asia 2019, Jumaat ini.
MALAYSIA mahu
membuktikan sesuatu pada aksi terakhir Kumpulan A kempen Kelayakan Piala Dunia
2018/Piala Asia 2019 menentang Arab Saudi di Jeddah, Jumaat ini biarpun gagal
mara ke peringkat seterusnya lebih awal.
Pada pertemuan
pertama yang berlangsung di Stadium Shah Alam, September tahun lalu, Arab Saudi
diberikan kemenangan percuma 3-0 selepas penyokong Malaysia melakukan kekecohan
pada minit ke-88 ketika Malaysia ketinggalan 1-2.
Biarpun
perlawanan terakhir ini adalah aksi pelengkap jadual, namun skuad kebangsaan
berazam untuk menampilkan aksi terbaik serta memberikan tentangan hebat
kepada pasukan dari Asia Barat tersebut pada perlawanan itu nanti.
Jurulatih
Malaysia, Datuk Ong Kim Swee menggesa semua pemainnya agar tidak mudah leka
selain menampilkan aksi sama seperti melayan kunjungan Arab Saudi di Shah Alam
tahun lalu memandangkan mereka bakal beraksi di hadapan penyokong tuan rumah.
“Sebelum ini,
kita kalah 0-3 kepada mereka. Kita tahu, Arab Saudi merupakan sebuah pasukan
yang cukup kuat. Kali ini kita beraksi di tempat lawan, sudah tentu mereka
memiliki keyakinan yang cukup tinggi.
“Saya harap
semua pemain mengekalkan fokus serta beraksi dengan penuh berdisiplin. Ketika
aksi di Malaysia, kita beri tentangan yang cukup hebat kepada mereka.
“Jadi, saya
mahu pemain-pemain menampilkan aksi serupa pada perlawanan itu nanti,” kata Kim
Swee kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) semalam.
Mengulas
mengenai pemain-pemain pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) dan Kedah yang
mungkin masih keletihan akibat mengharungi jadual padat dalam saingan domestik,
Kim Swee berkata, skuad negara akan menjalani sesi pemulihan apabila tiba di
Jeddah nanti.
“Apa yang
positif adalah tiada masalah kecederaan dalam kalangan pemain, namun kami tahu
ada pemain yang keletihan, terutamanya pemain-pemain dari pasukan Johor DT dan
Kedah. Saya harap apabila sampai di sana (Jeddah) nanti, mereka akan bertambah
baik.
“Kami akan buat
sesi pemulihan apabila tiba nanti. Mengenai latihan, mungkin pada 22 Mac (esok)
baru kita mulakan latihan taktikal. Sehari sebelum perlawanan, kita akan
kurangkan intensiti latihan,” ujarnya lagi.
Pengendali
kelahiran Melaka itu juga mendedahkan, beliau hanya akan menyenaraikan
kesebelasan utama untuk perlawanan itu nanti selepas menilai aksi semua pemain
ketika sesi latihan di sana.
Sumber-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz43Y0fDrrf
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment