SHAFIQ TINO
16 MAC 2016
S Kunanlan S Kunanlan cuba melepasi pertahanan
pelawat dalam aksi di Stadium Larkin.
PENYANDANG
juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) kekal menggunguli kumpulan H selepas
menundukkan pasukan dari Laos, Lao Toyota FC 3-0 pada saingan ketiga peringkat
kumpulan H, Piala AFC 2016 di Stadium Tan Sri Dato' Hassan Yunos, Larkin, malam
ini.
Kejayaan tersebut
sekali gus membuktikan Harimau Selatan kekal kebal bermain di laman sendiri
meskipun tanpa dibarisi beberapa tonggak utama.
Separuh masa
pertama menyaksikan pasukan pelawat lebih selesa mengawal permaianan apabila
Harimau Selatan kelihatan hilang punca akibat kehilangan beberapa tonggak utama
bagi menggerakkan jentera serangan.
Bagaimanapun,
corak permainan Harimau Selatan seakan menemui rentak apabila tonggak utama
Pareyra Diaz dan Safiq Rahim dimasukkan pada minit ke 55 mengantikan Nazrin
Nawi dan Fadzli Mazlan.
Pasukan pelawat
dilihat semakin tertekan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas
pemain pertahanan Takahiro Saito dilayangkan kad merah selepas menggunakan
tangan di dalam kotak penalti.
Peluang
tersebut dimanfaatkan sepenuhnya kapten pasukan, Safiq Rahim apabila menyumbat
gol pembukaan JDT menerusi sepakan penalti pada minit ke 62.
Tuan rumah
semakin selesa apabila dikurniakan satu lagi sepakan penalti yang berjaya
disempurnakan Safiq Rahim selepas S.Chanturu dikasari pemain pertahanan pasukan
pelawat pada minit ke-72.
Amri Yahya
kemudiannya menambah satu lagi jaringan tuan rumah selepas gerakan satu duanya
bersama Safiq Rahim gagal dikekang pertahanan lawan pada minit-minit terakhir
perlawanan.
Keputusan kekal
3-0 sehingga wisel penamat sekali gus meletakkan skuad kendalian Mario Gomez
kekal terajui Kumpulan H dengan memperoleh 9 mata serta rekod tanpa kalah dalam
tiga perlawanan.
Sumber.Sinar
Harian online 16 MAC 2016
No comments:
Post a Comment