Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
HP-Menjelaskan jenis institusi
pendidikan : halaqah, masjid/surau,pondok/madrasah, istana dan universiti.
a. Jenis institusi pendidikan
Sejarah awal perkembangan
pendidikan Islam di Mesir –
Kewujudan pelbagai institusi
pendidikan merupakan sesuatu yang lumrah di
sesebuah negara, begitu juga di Mesir. Masjid merupakan institusi pendidikan terawal
ang pada mulanya menawarkan pemebelajaran ilmu keagamaan fardu ain
diikuti ilmu-ilmu
bukan agama atau fardu kifayah.[1]
Kota Fustat sebagai pusat pentadbiran dan pusat
pendidikan Islam, khasnya selepas pembinaan Masjid Amru bin al-As.Kemudian
pusat keilmuan berpindah ke Kaherah dengan terbinanya Masjid al-Azhar zaman
Dinasti F atimiyyah.
Seterusnya Masjid al-Azhar menjadi pusat
pengkajian Islam khasnya zaman pemerintahan khalifah Salehuddin al-Ayyubi sehingga
melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam terkenal.
Jenis institusi pendidikan di
Mesir
a. Halaqah - lingkaran iaitu
proses belajar dan mengajar dilaksanakan apabila murid-murid melingkari gurunya.
Kegiatan halaqah berlaku di masjid atau rumah-rumah. Halaqah adalah lanjutan daripada
pembelajaran di kuttab dan kemunculannya lebih awal dari madrasah.
b. Masjid - pusat pendidikan,
pusat ilmu, dakwah, kebudayaan Islam dan mahkamah keadilan. Pendidikan dan
pengajaran yang berlangsung di masjid-masjid merupakan proses awal daripada
terbentuknya kuttab dan halaqah di Mesir. Beberapa masjid di Kaherah berfungsi sebagai
sekolah Islam (madrasah) dan hospital. Antara masjid terkenal di Kaherah adalah
Masjid Jamie Amru dan Masjid Jamie Ibn Thulun.
c. Kuttab - pendidikan fardu
ain dan fardu kifayah.
Penekanan kepada ilmu al-Quran,
tafsir, hadis dan lain-lain. Kurikulum pendidikan di Kuttab berorientasi al- Quran sebagai buku teks yang merangkumi pengajaran membaca dan menulis,
kaligrafi, sejarah Nabi Muhammad SAW dan hadis. Abad ke-8M, kuttab mulai mengajar
ilmu pengetahuan umum dan agama ekoran pertembungan antara Islam dengan warisan
budaya helenisme (budaya Yunani) sehingga berlaku banyak perubahan dalam
kurikulum pendidikan Islam. Muncul dua aliran kuttab: pertama - kuttab yang
mengajar ilmu agama (religious learning) dan kuttab yang mengajar pengetahuan
bukan agama (secular learning).
d. Madrasah - madrasah hadis
(sistem pendidikan hadis)
Sejak penaklukkan Islam terhadap Mesir terdapat para sahabat Rasulullah SAW telah
memasuki Mesir, misalnya Abdullah ibn Amru al-As, al-Zubair
Awwam dan Miqdad al-Aswad. Terdapat riwayat yang mengatakan
bahawa sejumlah 34 orang sahabat telah menetap di Mesir dan ada antara sahabat
ini yang terlibat dalam pembentukan madrasah hadis di negeri Mesir.
Penglibatan para sahabat dalam
pendidikan telah membuka satu ruang dakwah bagi mereka menyebarkan Islam, bahkan telah membentuk satu sistem yang tersusun
dalam menerapkan kefahaman Islam. Secara tidak langsung usaha para sahabat telah
membentuk satu sistem pendidikan hadis yang tersusun
(madrasah hadis). Antara para sahabat yang terlibat
dalam madrasah hadis ini iaitu Abdullah Amru Al-As, Amru al-As, Ukbah bin Amir,
Maslamah dan Kharijah bin Huzafah Al-Adwi.
Abdullah bin Amru Al-As ahli
hadis yang amat mahir dan alim dalam ilmu tersebut kerana beliau bukan sahaja
menghafal hadis-hadis yang beliau dengar daripada Rasulullah
SAW.Bahkan beliau juga turut menulis dalam buku catatannya, agar beliau idak lupa ketika ingin meriwayat hadis-hadis tersebut
kepada murid-muridnya.[2]
e. Padang pasir / badiah -
badiah-badiah merupakan sumber pembelajaran bahasa Arab yang asli sehingga banyak
anak khalifah, ulama dan ahli ilmu datang ke badiah-badiah untuk mempelajari bahasa kesusasteraan Arab.[3]
[1] Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kedua(Shah Alam: Oxford
Fajar.2016) ,131.
[2] Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson
Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 241.
[3]
“Pendidikan”, ”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),65.
No comments:
Post a Comment