oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Saya rasa amat gembira
kerana dapat sekali lagi berkunjung ke Masjid Negeri Pahang pertama pada tahun 1988. Kalau pertama saya solat zohor di Masjid Negeri ini pada tahun 2008.
Masjid Negeri
ini,telah di bina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar Arab Yaman yang bernama
Habib Hasan.Beliau telah mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid ini.Pada
asalnya,atap masjid di perbuat daripada papan.
Masjid ini telah di jadikan Masjid Negeri
Pahang kerana kuala Lipis merupakan Ibu Negeri Pahang pada tahun 1898,sebelum
ia di pindahkan ke Kuantan pada tahun 1955.Menurut cerita orang tua-tua,salah
satu keistimewaan dan keajaiban masjid ini ialah ia tidak pernah di tenggelami
air walaupun bandar Kuala Lipis telah beberapa dilanda banjir besar.Kedudukan
masjid di tebing Sungai Jelai juga tidak terjejas walaupun banjir melanda pada
tahun 1926 dan 1971.Imam pertama masjid ini bernama Imam Awang yang berasal
daripada Indonesia.
Manakala anak
tempatan yang pertama menjadi imam ialah Imam Kawi,yang merupakan imam kedua
masjid ini.Pada masa itu,gaji para imam dibayar dengan menggunakan wang kutipan
zakat.Imam yang pertam menerima gaji daripada kerajaan ialah Imam Salih Bin
Hussin.Antara pembesar yang pernah bersembahyang di sini ialah Dato’ Abu Samah
bin Haji Ali (Setiausaha Kerajaan Pahang) , Tun Abdul Razak bin Hussin (Menteri
Besar Pahang) dan KDYMM Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah.Pada tahun
1980 pengurusan masjid ini telah di ambil alih oleh masyarakat India Muslim
sehinggalah sekarang,pada ketika ini masjid tersebut di kenali sebagai Masjid
India.[1]
No comments:
Post a Comment