Saiful Affendy
Sapran-saifulaffendy@hmetro.com.my
Sepang: Kapten
Harimau Malaysia Safiq Rahim mahu rakan sepasukannya melupakan kekalahan kepada
Arab Saudi, September lalu sebaliknya terus kekal fokus untuk bertemu lawan
sama pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Jeddah, Khamis
ini.
Meskipun
Malaysia sudah tersingkir dalam buruan tiket ke Piala Dunia selepas sekadar
meraih empat mata daripada tujuh perlawanan, tetapi skuad negara masih
berpeluang untuk beraksi pada pusingan kelayakan ketiga Piala Asia.
Justeru, Safiq
berharap rakan sepasukannya tidak mudah mengalah apabila bertemu Arab Saudi
yang menduduki tangga teratas Kumpulan A.
“Walaupun saya
jaringkan gol ketika itu, tapi bagi saya perlawanan itu sudah berlalu. Yang
penting kami perlu ambil iktibar daripada kekalahan itu.
“Kali ini saya
harap siapa yang berpeluang untuk menjaringkan gol, mereka perlu memanfaatkan
peluang itu sebaik mungkin.
“Yang penting
kami belajar daripada apa yang berlaku ketika tewas kepada Arab Saudi sebelum
ini. Bagi saya mereka adalah antara pasukan terbaik Asia.
“Kami perlu
mengharungi perlawanan ini bagi memberikan keyakinan semula kepada pasukan
untuk menghadapi perlawanan seterusnya,” katanya ketika ditemui di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam sebelum berlepas ke Jeddah.
Arab Saudi
mendahului skuad negara 2-1 pada perlawanan di Stadium Shah Alam September
lalu, namun perlawanan itu terpaksa dihentikan pada minit ke-88 gara-gara
kekecohan Ultras Malaya, sekali gus menyaksikan Arab Saudi kemudiannya diberi
kemenangan percuma 3-0.
Perlawanan
terakhir anak buah Kim Swee November lalu pula menyaksikan skuad negara tewas
1-2 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Mengenai
persiapan skuad negara yang dilihat agak suntuk selepas 23 pemain hanya dapat
dikumpulkan semalam, Safiq berkata, barisan pemain yang membarisi skuad negara
kali ini bukanlah asing dan mereka boleh menyesuaikan diri dengan cepat.
“Setiap pemain
perlu bekerjasama dengan baik. Lupakan seketika tugas bersama kelab yang
diwakili kerana kali ini kami menggalas nama Malaysia,” katanya.
Artikel ini
disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2016 @ 9:06 AM
SAFIQ menjawab
soalan wartawan sebelum bertolak dari KLIA untuk penerbangan ke Jeddah bagi
kelayakan Piala Dunia 2018 terakhir skuad negara bertemu dengan Arab Saudi,
semalam.
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/124282#sthash.YlJDOHFc.dpuf
No comments:
Post a Comment