myMetro
Sepang: Magis
Datuk Ong Kim Swee benar-benar ditagih Harimau Malaysia bagi menghadapi kempen
Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 berdepan Arab Saudi, Khamis ini.
Apa tidaknya,
baru semalam pengendali berusia 45 tahun itu dapat mengumpul semua 23 pemain
selepas kumpulan lapan pemain terakhir dari Johor Darul Ta’zim (JDT) serta
Perak menyertai pasukan.
Semua lapan
pemain itu termasuk kapten Safiq Rahim yang terbabit dengan komitmen bersama
kelab masing-masing dalam saingan suku akhir Piala FA.
Dengan masa
yang cukup suntuk sebelum perlawanan bertemu Arab Saudi, tidak banyak yang
dapat dilakukan Kim Swee, tetapi beliau tetap akan mencuba mencari formula
terbaik dalam persiapan untuk bertemu lawan.
“Yang positif
adalah kami tidak berdepan sebarang masalah kecederaan. Saya tahu pemain
seperti dari Johor DT, Kedah dan Shahrul Saad (Perak) keletihan dan hanya
melapor diri pagi tadi (semalam).
“Saya harap
apabila mereka ke Jeddah nanti, mereka akan bertambah baik sebelum perlawanan
dengan Arab Saudi.
“Sebaik tiba di
sana, kami akan melakukan latihan ringan dan kemudian saya akan buat sedikit
latihan yang lebih kepada taktikal.
“Selepas itu,
saya terpaksa turunkan intensiti latihan sehari sebelum perlawanan. Jadi, tidak
banyak sebenarnya yang boleh dilakukan,” katanya ketika ditemui semalam.
Artikel ini
disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2016 @ 9:04 AM
KIM Swee
(kanan) memberi taklimat kepada pemain selepas aksi bertemu kelab Liga FAS,
NPNG Emkay di padang Wisma FAM, kelmarin.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/124280#sthash.JuELDuWg.dpuf
No comments:
Post a Comment