Ad

Saturday, 12 March 2016

Cabaran Malaysia berkubur

V Shem-Wee Kiong kandas pada separuh akhir
NOR AZANFITRI AHMAD HIDZIR  |  13 Mac 2016 12:01 AM
GOH V SHEM (kiri) dan Tan Wee Kiong gagal meneruskan kemaraan
GOH V SHEM (kiri) dan Tan Wee Kiong gagal meneruskan kemaraan ke final All England selepas kalah kepada pasangan Jepun, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa di Birmingham, semalam.
KUALA LUMPUR - kejutan yang cuba dilakukan oleh beregu utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dalam kejohanan badminton tertua di dunia, All England berakhir dengan penyingkiran mereka pada separuh akhir, semalam.
Selepas meraih keya­kinan dengan menyingkirkan rakan senegara yang juga juara 2007, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong 21-19, 22-20, beregu No. 16 dunia itu terpaksa akur dengan kehebatan pilihan keenam, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa dari Jepun.
Perjalanan V Shem-Wee ber­akhir dalam masa 43 minit selepas tumpas 13-21, 15-21.
Biarpun gagal merealisasikan harapan untuk layak ke final, namun kejayaan melangkah ke separuh akhir dalam kejohanan Siri Super Premier itu mence­rahkan peluang mereka untuk layak ke Sukan Olimpik di Rio, Ogos ini.
Tiket separuh akhir pastinya akan membantu beregu negara itu menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik dunia, tiket yang membolehkan mereka melayakkan diri ke Temasya Rio.
V Shem mengakui, perebutan slot ke Sukan Olimpik menjadi motivasi utama mereka sepanjang beraksi di Birmingham.
Dia turut mengakui, aksi menentang Kean Keat-Boon Heong bukan sesuatu yang mudah kerana gandingan itu memiliki pengalaman luas sekali gus menyukarkan mereka.
“Perlawanan itu (menentang Kien Keat-Boon Heong) memang susah, strategi utama kami ialah menyerang dan terus menyerang tetapi bukan mudah kerana mereka (Kean Keat-Boon Heong) sangat berpengalaman.
“Untuk mendapatkan mata daripada pemain berpengalaman seperti mereka bukan senang,” katanya.
Sementara itu, dalam saingan beregu campuran, pasangan Indonesia, Praveen Jordan-Debby Susanto melakar kejutan besar dengan menumbangkan beregu No. 1 dunia, Zhang Nan-Zhao Yunlei dari China 21-19, 21-16.
Buat kali pertama, China tidak akan mempunyai wakil dalam ber­egu campuran selepas satu lagi tiket final ditempah oleh pasangan Denmark, Joachim Fischer Nielsen-Christinna Pe­dersen.
Beregu pilihan kelima itu menyingkirkan gandingan suami isteri dari England, Chris Adcock-Gabrielle Adcock 21-13, 22-20, yang juga pilihan ketujuh.
Wang Shixian meneruskan kemaraan ke final perseorangan wanita dengan mengalahkan Tai Tzu Ying dari Taiwan 21-23, 21-12, 21-15.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/cabaran-malaysia-berkubur-1.199971#sthash.0XnTSvj8.dpuf

No comments:

Post a Comment