Ad
Labels
- AGAMA
- AKHYARLSJDT
- ARKIB LIGA MALASIA
- BELASUNGKAWA
- BICARA AGAMA
- HADIS-JAKIM
- HARI INI DALAM SEJARAH
- HIDUPAN LIAR
- HOKI MALAYSIA
- KARTUN
- PASIR PUTEH
- PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA
- PELANCONGAN
- PEMAIN MUDA 2017
- PENDIDIKAN
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH AHMAD
- PIALA DUNIA
- PIALA FA
- PIALA MALAYSIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH STPM PI
- SELANGOR 2008
- SIRAH NABI
- SMK JENGKA2
- SUKAN KOMANWEL
- VIDEO SEJARAH
Thursday, 17 March 2016
Kim Swee sudah ada perancangan
KIM SWEE (kiri) memantau sesi latihan skuad negara di padang Wisma FAM,
Kelana Jaya semalam.
KETUA jurulatih skuad negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui sudah mula
memikirkan strategi dari segi taktikal dan formasi pasukan kebangsaan menjelang
aksi menentang Arab Saudi pada perlawanan akhir peringkat Kumpulan A kempen
kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 yang berlangsung di Jeddah pada 24
Mac ini.
Sebagai rekod, saingan menentang Arab Saudi merupakan perlawanan rasmi
pertama Kim Swee sejak dilantik oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk
membimbing skuad kebangsaan secara tetap pada Januari lepas.
Sehubungan itu, pengendali berusia 45 tahun itu menuntut anak-anak
buahnya memberi komitmen seratus peratus selain tumpuan penuh terhadap
perlawanan menentang pasukan gergasi Timur Tengah itu supaya skuad kebangsaan
dapat memperoleh keputusan positif.
“Saya boleh mengatur pelbagai strategi tetapi ia tidak berguna sekiranya
pemain gagal memberikan tumpuan sepenuhnya. Apa yang penting adalah pemain
perlu tahu tugas yang diberikan kepada mereka dan kekal berdisiplin sepanjang
tempoh 90 minit perlawanan.
“Mengenai formasi yang bakal diterapkan, saya masih belum membuat
sebarang keputusan tetapi sudah ada perancangan awal untuk pasukan. “Namun,
segala percaturan tersebut bergantung terhadap prestasi pemain ketika kami
menjalani sesi latihan di Jeddah nanti,” kata Kim Swee ketika ditemui selepas
sesi latihan skuad negara di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Dalam perkembangan sama, bekas jurulatih Harimau Muda itu mengakui
gembira dengan kemenangan yang diraih oleh Selangor dan Johor Darul Takzim (Johor
DT) pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) minggu ini.
“Saya lihat keputusan yang dicatatkan oleh kedua-dua pasukan adalah
positif kerana ia mampu menaikkan tahap keyakinan barisan pemain khususnya yang
dipilih untuk mewakili skuad kebangsaan kerana ia adalah aksi bertaraf Asia.
“Bagaimanapun, aksi menentang Arab Saudi nanti adalah satu perlawanan
yang berbeza, ia tidak sama ketika pemain mewakili pasukan kelab kerana saingan
tersebut menuntut komitmen sepenuhnya daripada pemain,” jelasnya lagi.
Sementara itu, tiga pemain tonggak Gergasi Merah, Nazmi Faiz Mansor dan
dua pemain pertahanan, Azrif Nasrulhaq dan Muhd. Shahrom Kalam telah melaporkan
diri ke kem skuad negara semalam.
“Ketiga-tiga pemain tersebut selain Hafiz (Kamal) yang terlebih dahulu
menyertai sesi latihan kelmarin, nampak keletihan. Justeru, saya berharap
mereka dapat menjalani proses pemulihan dengan segera,” ujarnya.
Selepas menentang Arab Saudi, skuad Harimau Malaysia akan melayan
kunjungan Macau dalam aksi persahabatan Kelas A di Stadium Hang Jebat, Melaka
pada 29 Mac depanArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0318&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz43ERGb0Vc
Hakcipta terpelihara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment