Ad

Monday, 14 March 2016

PERLETAKAN BATU ASAS ITM, LENDU 15.3.2016

Pada hari ini dalam tahun 1987, telah diadakan upacara pecah tanah dan meletak Batu Asas Institut Teknologi MARA di Lendu, Alor Gajah, Melaka. Upacara tersebut telah disempurnakan oleh  YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. Sejarah ITM Melaka (Kini UiTM Melaka) bermula pada 12 Ogos 1984 di bangunan sementara IKM di Jalan Hang Tuah, dengan jumlah pelajar seramai 158 orang. Rancangan pembinaan kampus baru di Lendu ini adalah sebagai menggantikan kampus sementara yang terletak di Jalan Hang Tuah, Melaka.  Dalam ucapan upacara tersebut, YAB Perdana Menteri  menasihatkan para pelajar supaya mempelajari ilmu untuk memperbaiki diri dan membantu mencapai matlamat negara bagi menseimbangkan pembangunan antara kaum. Dengan tercapainya perseimbangan ini, maka masalah soal perkauman   akan dapat diatasi dan semua kaum dapat melaksanakan tanggungjawab yang sama dalam semua bidang. Penubuhan kampus baru Institut Teknologi MARA di Lendu tersebut  bertujuan untuk menampung masalah kekurangan tempat untuk melanjutkan pelajaran terutamanya kepada golongan bumiputera. Pada bulan Januari 1994, kampus ini telah berpindah ke lokasi tetapnya di Lendu.   Kampus  dengan keluasan kawasannya 358.2  telah dirasmikan pada 2 Mei 1996 oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad.

SUMBER- http://hids.arkib.gov.my/

No comments:

Post a Comment