Ad
Labels
- AGAMA
- AKHYARLSJDT
- ARKIB LIGA MALASIA
- BELASUNGKAWA
- BICARA AGAMA
- HADIS-JAKIM
- HARI INI DALAM SEJARAH
- HIDUPAN LIAR
- HOKI MALAYSIA
- KARTUN
- PASIR PUTEH
- PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA
- PELANCONGAN
- PEMAIN MUDA 2017
- PENDIDIKAN
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH AHMAD
- PIALA DUNIA
- PIALA FA
- PIALA MALAYSIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH STPM PI
- SELANGOR 2008
- SIRAH NABI
- SMK JENGKA2
- SUKAN KOMANWEL
- VIDEO SEJARAH
Friday, 18 March 2016
Helang Merah terbang tinggi
PEMAIN Sabah, Maximus Musa (kanan) cuba melepasi pemain pertahanan Kedah pada aksi suku akhir pertama kempen Superbest Power Piala FA di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi yang berkesudahan Kedah menang 2-1.
KEDAH menghampiri pentas separuh akhir kempen Superbest Power Piala FA 2016 selepas menewaskan Sabah 2-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi.
Turun selaku pasukan pelawat, skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu mempamerkan aksi penuh bertenaga di hadapan kira-kira 10,000 penonton tuan rumah.
Dua gol Kedah masing-masing dijaringkan pertahanan import dari Korea Selatan, Bang Seung Hwan dan pemain tengah, Baddrol Bakhtiar manakala gol Sabah diperoleh menerusi jaringan Igor Cerina.
Pada perlawanan tersebut, Sabah terlebih dahulu memberi tekanan kepada Kedah namun sepakan percuma yang diambil Dedi Kusnandar pada minit ke-11 sekadar melewati palang gol.
Enam minit kemudian, Maxsius Musa turut terlepas peluang apabila sepakan leretnya di hadapan pintu gol Kedah mudah ditepis keluar penjaga gol, Mohd. Farhan Abu Bakar.
Tersentak dengan asakan bertali arus pemain Sabah, pasukan pelawat kembali bangkit mengatur serangan menerusi beberapa gerakan berbahaya diketuai Baddrol dan Sandro Da Silva.
Pada minit ke-39, skuad Helang Merah itu berjaya membuka tirai jaringan apabila Seung Hwan bijak merembat masuk bola di hadapan pintu gol tuan rumah.
Bersambung babak kedua, Kedah terus garang mengasak kubu Sabah dan berjaya menjaringkan gol kedua menerusi Baddrol pada minit ke-68.
Pemain kebangsaan itu mudah menyumbat masuk hantaran lintang pemain pertahanan, Azmeer Yusof untuk menewaskan penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim.
Tuan rumah bagaimanapun berjaya merapatkan jurang gol pada masa kecederaan menerusi tandukan Igor hasil daripada sepakan percuma.
Kedua-dua pasukan akan turun pada aksi suku akhir kedua di Stadium Darul Aman, Alor Star pada 1 April depan.
“Para pemain telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dan mereka bijak menyambar peluang untuk menghasilkan jaringan. Saya harap momentum kemenangan ini dapat dipertahankan menjelang aksi suku akhir kedua nanti,” jelas Cheng Hoe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment