Ad

Saturday, 19 March 2016

Fenomena Ekuinoks punca panas terik

 SUHU panas melampau di negara ini dijangka meningkat ekoran fenomena Ekuinoks yang dijangka berlaku selama dua jam hari ini antara pukul 12 tengah hari dan 2 petang. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malaysia dijangka menghadapi fenomena cuaca panas melampau sehingga suhu mencecah 40 darjah Celsius di beberapa buah negeri ekoran fenomena Ekuinoks yang dijangka berlaku antara pukul 12 tengah hari hingga 2 petang hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Datuk Che Gayah Ismail, fenomena Ekuinoks itu berlaku apabila matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa sekali gus memburukkan lagi cuaca panas melampau yang sedang me­landa negara sekarang.

“Pada tahun ini, fenomena Ekuinoks di Malaysia berlaku pada hari ini dan ia akan berlaku sekali lagi pada 22 September depan.

“Ekuinoks berlaku dua kali setahun iaitu apabila matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa ketika ia berge­rak dari Hemisfera Selatan ke Hemisfera Utara,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! Ahad di sini semalam.




SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz43OzLlMAE Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment