14 Mac 2016
12:16 AM
Pemain Perak,
Muhd Fikri Sudin (kiri) cuba mengasak penjaga gol TFC, Wan Muhammad Azraie
dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh yang berkesudahan seri 0-0
semalam.Gambar: Kamal Basir Wahab / Wartawan Sayed Hesham / Kosmo Ayman Ghaffa
KUALA LUMPUR –
Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan kempennya mempertahankan gelaran juara
Liga Super dengan menumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 untuk merebut
semula kedudukan teratas semalam.
Kemenangan itu
membolehkan JDT mengumpul 13 mata selepas lima perlawanan, satu mata di hadapan
Felda yang mendahului seketika persaingan selepas mereka menang 2-0 ke atas
Pahang 24 jam sebelumnya.
Bagaimanapun,
perlawanan di Stadium Hang Jebat, Melaka itu menyaksikan JDT terpaksa menanti
hingga babak kedua perlawanan untuk memperoleh gol apabila ketua pasukan Mohd.
Safiq Rahim menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-49 sebelum penyerang
dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz mengesahkan penguasaan Harimau Selatan pada
minit ke-77.
Di Stadium
Perak, pasukan tuan rumah terus buntu dalam usaha mencari kemenangan pertama
liga apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Terengganu FC (TFC) semalam.
Ini merupakan
keputusan seri keempat dialami Perak, yang turut tewas sekali selepas lima
perlawanan.
Lebih
menghampakan sepanjang lima perlawanan liga, Perak hanya mampu meledak satu gol
iaitu ketika seri 1-1 dengan Pulau Pinang.
Barisan depan
skuad Bos Gaurus perlu menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyempurnakan
deretan peluang gol dalam aksi semalam, bermula dengan rembatan deras Vokhid
Sodhiev dari dalam kotak penalti pada minit ke-16 namun tersasar.
TFC juga hampir
mencipta jaringan pada minit ke-20 hasil percubaan Konate Makan dari luar kotak
penalti namun rembatannya terkena palang.
Mohd. Hafiz
Ramdan hampir memecahkan kebuntuan gol seminit kemudian apabila tandukannya
menewaskan penjaga gol TFC, Wan Muhammad Azraie namun bola tersasar.
Perak terus
menguasai babak kedua dengan menggandakan percubaan ke gawang lawan namun
dihampakan oleh ketangkasan Wan Muhammad Azraie untuk perlawanan berkesudahan
seri tanpa jaringan.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-rampas-semula-takhta-1.200387#sthash.Ly3bUtt9.dpuf
No comments:
Post a Comment