Oleh AHMAD
FAZLI MOHD. YADI
SAFIQ (tengah)
yang berpengalaman mengemudi Johor DT di peringkat Asia menjadi taruhan Kim
Swee dalam skuad kebangsaan menentang Arab Saudi di Jeddah 23 Mac ini.
JURULATIH
Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan kekuatan pengalaman barisan
pemain Johor Darul Takzim (Johor DT) akan memberikan manfaat penting kepada
skuad kebangsaan menjelang pertemuan dengan Arab Saudi bagi aksi kelayakan
terakhir Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Jeddah pada 23 Mac ini.
Bukan mahu
menidakkan keupayaan pemain-pemain pasukan lain sebaliknya Kim Swee mengakui
bahawa pemain skuad Harimau Selatan kini mempamerkan peningkatan tersendiri
terutama dalam kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016.
Musim ini,
Johor DT selaku juara bertahan Piala AFC, membuktikan reputasi sebagai kelab
gergasi Malaysia apabila membelasah wakil Myanmar, Ayeyawady United 8-1 dan
berjaya menewaskan Bengaluru FC 1-0 di India, sekali gus menunjukkan pasukan
yang diketuai Safiq Rahim kini berada di dalam kelas tersendiri.
Menurut Kim
Swee, beliau berharap barisan pemain Harimau Selatan dapat berkongsi pengalaman
serta mendapatkan keyakinan tinggi ketika berdepan Arab Saudi sebagaimana skuad
kebangsaan sering menjadi ‘mangsa belasahan’ ketika berdepan pasukan dari Timur
Tengah.
Sebagai rekod,
skuad Harimau Malaysia diaibkan dengan kekalahan 0-10 dan dua kali tewas 0-6
kepada Palestin di Stadium Nasional Bukit Jalil dan di Jordan dalam kempen
Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.
“Tidak dapat
dinafikan, mereka (barisan pemain Johor DT) adalah tulang belakang skuad
kebangsaan ketika ini. Bukan mahu memperkecilkan mana-mana pemain tetapi mereka
sudah bermain di peringkat tertinggi.
“Apabila kita
akan bertemu Arab Saudi, saya berharap pemain-pemain dapat melupakan ‘fobia’
berdepan pasukan dari Timur Tengah. Jadi, saya berharap mereka dapat berkongsi
untuk mendapatkan keyakinan ketika berdepan Arab Saudi nanti.
“Apa pun, bola
sepak mengamalkan semangat berpasukan. Saya berharap mereka dapat melakukan
dengan mengubah mentaliti dan karakter yang mana kita perlu lebih fokus dan
disiplin nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tambah Kim
Swee, beliau enggan memandang mudah aksi terakhir kelayakan tersebut meskipun
menyedari peluang sudah tertutup buat skuad kebangsaan untuk layak ke pusingan
akhir Piala Dunia 2018.
“Bukan senang
untuk bermain dengan Arab Saudi. Cabarannya cukup kuat apatah lagi kita beraksi
di gelanggang lawan. Bagaimanapun, kami tetap mahu mempertahankan maruah
walaupun sudah tidak layak ke pusingan akhir.
“Kali ini saya
menyenaraikan 25 pemain campuran senior dan junior yang mana ada sembilan atau
10 pemain berusia 25 tahun. Kini, ia terpulang kepada mereka untuk menunjukkan
sesuatu kepada pasukan dan saya berharap mereka dapat memberikan yang
terbaik,” katanya.
Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz42duhBec6
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment