Kuala Lumpur:
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David yang memburu gelaran keenamnya di
Terbuka British membuktikan seleranya belum hilang apabila mudah mara ke suku
akhir di Hull.
Nicol, pemain
nombor dua dunia mengenepikan pemain Australia, Donna Urquhart 11-4, 11-7, 11-6
di pusingan kedua di Arena Airco, awal pagi tadi.
Menurut laman
sesawang rasmi kejohanan www.allambritishopensquash2016.com, Nicol mempamer
pukulan hebat terutama di set pertama sehingga pemain Australia itu sukar
membalasnya.
Set kedua,
bagaimanapun lebih sengit apabila Urquhart bangkit memberikan tekanan tetapi
Nicol berjaya menanganinya untuk menang 11-7 sebelum memastikan kemenangan
dalam masa 27 minit dengan menamatkan set ketiga 11-6.
"Semua
pemain mempamerkan kebangkitan pada setiap pusingan dan ini sesuatu yang
menarik kerana pemain harus beraksi lebih baik untuk menang. Saya gembira
dengan persembahan saya tadi.
"Saya mula
serasi dengan gelanggang dan sedar perlu bermain dengan baik sewaktu
perlawanan. Saya gembira dengan kemenangan 3-0.
"Saya
tampil di kejohanan ini sebagai underdog dan akan memberikan yang terbaik dan
lihat sejauh masa saya mampu mara," kata Nicol dipetik oleh laman web itu.
Di suku akhir,
Nicol akan menentang pemain Mesir, Omneya Abdel Kawy yang menewaskan Joey Chan
dari Hong Kong 11-5, 11-5, 11-9. Bernama
Artikel ini
disiarkan pada : Khamis, 24 Mac 2016 @ 4:31 PM
Nicol singkir
pemain Australia, Donna Urquhart 11-4, 11-7, 11-6. FOTO NSTP
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/125169#sthash.C3RpE7hi.dpuf
No comments:
Post a Comment