Kelana Jaya:
“Malaysia bukan lagi pasukan belasahan,” kata bekas pengendali skuad
kebangsaan, B Sathianathan (gambar) memuji aksi bertenaga pasukan negara
apabila mengekang Arab Saudi daripada berpesta gol di Stadium King Abdullah
Sports City, Jeddah, kelmarin.
Kekalahan 0-2
itu jelas menunjukkan masih ada sinar di hujung terowong buat skuad Harimau
Malaysia untuk tampil lebih garang dalam tugasan antarabangsa berikutnya.
“Walaupun
tewas, pujian harus diberikan kepada Datuk Ong Kim Swee dan anak buahnya kerana
beraksi bagus dan mempamer disiplin bertahan yang baik sehingga hanya dibolosi
dua kali.
“Malah, kita
juga tahu jurang besar antara Arab Saudi dengan Malaysia dengan mereka
dibimbing jurulatih asing yang memiliki kepakaran dan rekod cemerlang dalam
Piala Dunia serta barisan pemain senior berpengalaman.
“Setidak-tidaknya,
keputusan itu sedikit menepis tanggapan mereka yang beranggapan Malaysia akan
dibelasah teruk Arab Saudi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran
Anugerah Jurulatih Bulanan Terbaik Liga Bola Sepak Malaysia, di Wisma FAM, di
sini, semalam.
Dalam
perkembangan lain, jurulatih dalam Liga Malaysia (Liga-M) berpeluang memenangi
Anugerah Jurulatih Terbaik Bulanan anjuran Persatuan Jurulatih Bolasepak
Malaysia (PJBM) bermula bulan ini.
Sathianathan
yang juga Presiden PJBM, ini kali pertama anugerah sedemikian dianjurkan yang
bertujuan memberi dorongan serta semangat kepada jurulatih untuk berusaha kuat
mencapai kejayaan.
“Kriterianya,
pasukan bimbingan mereka akan dikategorikan mengikut tiga pilihan iaitu pilihan
pertama, kedua dan ketiga berdasarkan kedudukan liga setiap bulan.
“Jadi, kiraan
mata akan dibuat berdasarkan keputusan dicatat pasukan mereka sepanjang bulan
dengan kiraan dibuat di penghujung bulan.
“Secara
mudahnya, pasukan pilihan ketiga mendapat kiraan mata yang besar jika mereka
menewaskan pasukan pilihan pertama.
“Tapi
sebaliknya berlaku jika pasukan pilihan pertama menewaskan pasukan pilihan
ketiga dengan mereka hanya mendapat mata yang kecil,” katanya.
Bagi Februari,
untuk Liga Super, Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Selangor, FELDA United dan
Terengganu ditempatkan dalam Kumpulan Satu manakala Kedah, Perak, Kelantan dan
Perlis, Kumpulan Dua. Selebihnya Kumpulan Tiga.
Artikel ini
disiarkan pada : Sabtu, 26 Mac 2016 @ 8:05 AM
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/125515#sthash.qo1e56iI.dpuf
No comments:
Post a Comment