Hubungan dalam
bidang ketenteraan di antara Malaysia dan British masih lagi terjalin, walaupun
negara telah mencapai kemerdekaan. Hasil
daripada hubungan ketenteraan, bantuan bukan sahaja dalam bentuk peralatan dan kepakaran,
tetapi juga askar sendiri, gerakan menghapus Komunis di zaman darurat banyak
mendapat bantuan askar-askar daripada luar negara terutama daripada British.
Pada hari ini 20.3.1968, satu perjanjian penarikan keluar tentera British dari
Malaysia telah ditandatangani, Malaysia diwakili Yang Dipertua Persatuan
Kakitangan Jabatan Perang En. S.J.H. Zaidi, manakala pihak British diwakili
oleh Setiausaha Pasukan Tentera E.C.E. Starling. Berikutan penarikan tentera
British dari Malaysia telah mengakibatkan 20,000 orang kehilangan pekerjaan. Menurut perjanjian yang ditandatangani bekas
anggota tentera akan dibayar faedah-faedah pemberhentian kerja mengikut lama
masa bekerja. Dianggarkan sebanyak 60
juta akan dibayar kepada yang terlibat dalam pasukan ini. Dengan termeterainya
perjanjian ini, tamatlah hubungan ketenteraan Malaysia dengan pihak
British. Namun begitu usaha-usaha telah
dijalankan sejak daripada awal kemerdekaan lagi mewujudkan pasukan pertahanan
negara sendiri, sekaligus membuktikan kemampuan Malaysia berdikari di bidang
pertahanan tanpa sebarang campur tangan asing.
Sumber-http://hids.arkib.gov.my/
No comments:
Post a Comment