Oleh MUHD.
ARDIE PUTRA SUHAIMI
PEMAIN Felda
United, Muhamad Syahid Zaidon (kiri) cuba melepasi halangan pemain Pahang, D.
Saavindran pada aksi Liga Super di Jengka malam kelmarin yang berkesudahan
Felda menang 2-0.
“FELDA
sepatutnya berpesta gol pada perlawanan malam tadi (kelmarin).”
Demikian
pengakuan jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim (gambar kecil) walupun beliau
tetap berpuas hati dengan kemenangan 2-0 ke atas Pahang pada aksi Liga Super
di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka kelmarin.
Kemenangan
tersebut adalah yang pertama selepas tewas dua perlawanan berturut-turut
sebelum ini, sekali gus membolehkan Felda United memintas Selangor untuk
mengambil alih kedudukan selaku pendahulu liga dengan 12 mata selepas
mengharungi lima perlawanan.
“Saya tetap
berpuas hati dengan kemenangan yang dicatat ke atas Pahang semalam (kelmarin).
Namun, saya agak terkilan ekoran barisan serangan gagal menggunakan sepenuhnya
peluang yang terhidang kerana kita sepatutnya mampu menjaringkan empat atau
lima gol.
“Namun, saya
akui situasi ketika ini telah menaikkan kembali moral pasukan selepas kita
dikecewakan oleh Johor Darul Takzim (Johor DT) dan tersingkir pada saingan
Piala FA sebelum ini,” kata Irfan ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Pada perlawanan
kelmarin, skuad yang dikenali sebagai The Fighters itu berjaya menjaringkan
gol menerusi penyerang import sensasi, Francis Forkey Doe (m-35) dan jaringan
sendiri oleh pertahanan Pahang, Nejc Potokar pada minit ke-80.
Sebagai rekod,
perlawanan kelmarin merupakan yang terakhir buat pengendali Pahang, Ahmad
Shaharuddin Rosdi yang telah menghantar surat peletakan jawatannya pada 7 Mac
lepas.
Mengulas aksi
kelmarin, Irfan turut memuji barisan pemain Tok Gajah yang dilihat berjuang
habis-habisan demi jurulatih (Shaharuddin) kerana ia adalah perlawanan
terakhirnya, namun keputusan tidak menyebelahi mereka.
Dalam
perkembangan sama, bekas pengendali Selangor itu turut gembira kerana saingan
Liga Super akan ‘berehat’ seketika untuk memberi laluan kepada perlawanan
antarabangsa sebelum dijadualkan bersambung semula pada awal bulan depan.
“Kedudukan kami
sekarang cukup positif dan saya harap pemain dapat menggunakan cuti rehat
selama tiga minggu ini untuk kembali cergas kerana kami turut mempunyai
beberapa pemain yang masih belum pulih daripada kecederaan,” ujarnya lagi.
Untuk
perlawanan seterusnya, Felda yang pernah menjuarai Liga Premier 2010 akan
menentang Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada 4 April
depan.
SUMBER-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0314&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz42q20MDiY
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment