RABU, 30 MAC
2016 @ 6:57 AM
PEMAIN Belanda,
Vincen Janssen (kiri) bertembung dengan pemain England, Phil Jagielka (tengah)
pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Wembley, awal pagi tadi. - Foto
EPA LONDON:
England yang mengejutkan
Jerman minggu lalu, rebah kepada skuad kurang berpengalaman, Belanda 2-1 pada
perlawanan persahabatan di Stadium Wembley, awal pagi tadi. Jaringan pada
separuh masa kedua menerusi Vincent Janssen dan pemain gantian, Luciano
Narsingh memusnahkan gol Jamie Vardy pada separuh masa pertama, sekali gus
merobek rentak pengurus, Roy Hodgson menjelang kejohanan Euro, Jun ini.
Di atas kertas
sepatutnya ia kemenangan rutin kepada England, dengan diterajui rangkaian
penyerang utama Liga Perdana, Vardy dan Harry Kane, namun tewas di Wembley
dalam tempoh dua setengah tahun. Namun sejarah bukan kepada pasukan England.
Selepas kemenangan terakhir pada 1996, England selepas itu tidak pernah berjaya
ke atas Belanda dalam tempoh lebih 30 tahun. Tidak seperti menentang Jerman
minggu lalu dengan kemenangan 3-2, jentera serangan England kali ini tidak
menunjukkan semangat tinggi untuk membalas dua gol lawan. Ia seakan berpuas
hati menerusi jaringan Vardy yang menolak mudah bola ke jaring Belanda selepas
mendapat hantaran Kyle Walker di sebelah kanan pada minit ke-41.
Ketika England
mendominasi penguasaan bola, Belanda bangkit pada masa kedua menggandakan
serangan dan memperoleh gol penyamaan menerusi penalti Janssen pada minit
ke-50. Ia juga gol sulungnya untuk Belanda. Narsingh yang mendapat hantaran
Janssen pada minit ke-77 kemudian meledak gol kemenangan Belanda. - AFP
Sumber:
http://www.bharian.com.my/node/138742
No comments:
Post a Comment