Ad
Labels
- AGAMA
- AKHYARLSJDT
- ARKIB LIGA MALASIA
- BELASUNGKAWA
- BICARA AGAMA
- HADIS-JAKIM
- HARI INI DALAM SEJARAH
- HIDUPAN LIAR
- HOKI MALAYSIA
- KARTUN
- PASIR PUTEH
- PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA
- PELANCONGAN
- PEMAIN MUDA 2017
- PENDIDIKAN
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH AHMAD
- PIALA DUNIA
- PIALA FA
- PIALA MALAYSIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH STPM PI
- SELANGOR 2008
- SIRAH NABI
- SMK JENGKA2
- SUKAN KOMANWEL
- VIDEO SEJARAH
Friday, 18 March 2016
Gomez puji Safiq
KETUA pasukan JDT, Safiq Rahim meraikan jaringan gol keduanya yang dihasilkan menerusi sepakan penalti ketika menentang Lao Toyota FC di Johor Bahru kelmarin
JOHOR BAHRU - Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez bukan sahaja memuji permainan Safiq Rahim, malah menyifatkan ketua pasukan itu berpengaruh besar di atas padang semasa membantu pasukannya meraih kemenangan 3-0 ke atas Lao Toyota dari Laos dalam perlawanan Piala AFC kelmarin.
Safiq yang dibawa masuk pada babak kedua bukan sahaja mengubah rentak permainan Harimau Selatan, malah bijak mengatur gerak serangan dan mengkucar-kacirkan benteng pertahanan lawan sehingga berjaya memperoleh gol setelah babak pertama berakhir tanpa jaringan.
Setakat ini, pemain tengah berkenaan sudah menjaringkan enam gol daripada tiga perlawanan dalam kempen Kumpulan H, Piala AFC tahun ini.
“Tidak dinafikan Safiq memainkan peranan yang penting di atas padang. Dia bukan sahaja cemerlang mengemudi jentera serangan, malah bijak menghasilkan peluang gol.
“Pada babak pertama perlawanan, rentak permainan kami agak perlahan kerana pihak lawan bertahan dengan baik dan tidak memberi ruang untuk mencipta peluang gol.
“Perubahan taktikal membawa masuk Safiq dan (Jorge Pereyra) Diaz pada separuh masa kedua nyata membuahkan hasil kepada kami. Walaupun terpaksa menunggu lebih 60 minit untuk mendapat gol pertama, itu tidak menjadi masalah asalkan berjaya mengutip tiga mata,” kata Gomez.
Dalam pada itu, pengendali berusia 59 tahun dari Argentina itu turut memuji prestasi S. Chanturu, Amirul Hadi Zainal, Safee Sali, Amri Yahyah dan Jasazrin Jamaludin yang beraksi dengan baik dalam perlawanan tersebut.
Katanya, mereka adalah pemain yang boleh diharapkan untuk membantu pasukan meraih kemenangan ketika ramai pemain utama tidak direhatkan untuk persediaan menghadapi perlawanan penting dalam masa terdekat.
- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/gomez-puji-safiq-1.201599#sthash.5VLpztaI.dpuf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment