Pada hari ini 25.3.dalam
tahun 1974, Perdana Menteri, Y.A.B Tun
Abdul Razak Hussein telah merasmikan Konvensyen Ekonomi Malaysia, di
Kuala Lumpur. Konvensyen Ekonomi
Malaysia ini telah disertai oleh ahli-ahli Ekonomi
dari dalam dan luar negara serta
kakitangan kerajaan. Pokok perbincangan
konvensyen ini ialah mengenai Dasar Ekonomi Baru dan inflasi yang sedang
meruncing pada ketika itu. Perdana Menteri dalam ucapannya memberitahu bahawa
adalah penting agar Dasar Ekonomi Baru lahir
dari kenyataan dalam
masyarakat yang telah berubah
dari keadaan politik
yang telah matang sesudah
menempuh pengalaman hebat demi mendapatkan penyelesaian yang berkekalan kerana
kejayaan DEB menentukan survival negara di masa hadapan. Beliau amat menghargai
usaha badan-badan seperti Persatuan Ekonomi Malaysia yang bertujuan membantu
kerajaan mencari huraian masalah negara agar dasar kerajaan dan perlaksanaan
benar-benar menurut kehendak rakyat. Konvensyen Ekonomi Malaysia yang telah berlangsung
selama tiga hari ini turut membincangkan beberapa kertas kerja yang berkait rapat dengan perlaksanaan Dasar
Ekonomi Baru. Majlis penutupnya telah
dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B Dato Hussein Onn.
Sumber-http://hids.arkib.gov.my/
No comments:
Post a Comment