Nazri Abu Bakar-sukan@hmetro.com.my
Melaka: Johor
Darul Ta’zim (Johor DT) menepati sebagai skuad pilihan selepas menewaskan Polis
Diraja Malaysia (PDRM) 1-0 pada suku akhir pertama Piala FA di Stadium Hang
Jebat, malam tadi.
Azam pelawat
untuk mencipta kemenangan jelas membara seawal minit pertama menerusi rembatan
Azamuddin Akil dan sepakan percuma kapten Safiq Rahim pada minit keenam namun
tinggi melepasi palang gol tuan rumah.
The Cops yang
lebih banyak menunggu asakan Harimau Selatan dilihat gagal menembusi benteng
Johor hingga ke minit ke-31 menerusi rembatan Nizam Rodzi yang terbias ke kiri
gawang lawan.
Namun hampir
keseluruhan aksi dikuasai anak buah Mario Gomez yang memiliki peluang
menghasilkan jaringan menerusi percubaan Jorge Pereyra Diaz pada minit kelapan
dan 22 yang sedikit tersasar ke kiri dan kanan gawang PDRM.
Gol Johor DT
terhasil menerusi sepakan penalti Juan Martin Lucero pada minit ke-18 selepas
dia dijatuhkan Hazsyafiq Hamzah untuk mudah buatnya menghadiahkan gol paling
bernilai pelawat.
Permainan yang
dilihat sebagai sekadar tontonan hiburan buat peminat menerusi hantaran pendek
dan deretan percubaan Johor DT itu memperlihatkan empat kad kuning dalam tempoh
45 minit buat anak buah Fauzi Pilus yang sibuk bertahan.
Gol tunggal
Lucero sudah cukup buat pelawat lega menjelang suku akhir kedua selepas Safuwan
Baharudin (m-71) dan Ali Ashfaq (m-90) gagal menyamakan kedudukan.
Manakala
tolakan Diaz (m-59) ditepis Haziq dan tandukan Aidil Zafuan Radzak tinggi
melepasi palang pada (m-84) dan rembatan Safiq (m-89) menggegar tiang kanan
PDRM untuk kekal dengan kelebihan satu gol.
Artikel ini
disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2016 @ 5:11 AM
LUCERO (tengah)
melakukan percubaan ke arah gol PDRM.
- SUMBER
http://www.hmetro.com.my/node/124057#sthash.DD8yEjZJ.dpuf
No comments:
Post a Comment