Ad

Monday, 14 March 2016

Lin Dan juara badminton Seluruh England LIN Dan.

ISNIN, 14 MAC 2016 @ 1:16 
 
- Foto Reuters BIRMINGHAM: Pemain China, Lin Dan memenangi kejuaraan keenam badminton Seluruh England di sini, hari ini dan terus menegaskan dia masih berupaya untuk merangkul emas ketiga Olimpik acara perseorangan di Rio 2016.

Lin memperagakan persembahan terbaiknya minggu ini bagi mengenepikan dengan mudah rakan senegara, Tian Houwei 21-9 21-10 pada aksi final. Kejayaan itu membolehkannya menyertai pemain Ireland, Frank Devlin; bintang Denmark, Erland Kops dan jaguh Indonesia, Rudy Hartono memenangi enam kali ke atas kejuaraan berprestij itu.

 "Semua jurulatih China berada di sini. Pada usia 32 tahun, saya ingin menunjukkan kepada mereka, betapa saya masih mampu melakukannya," katanya mengulas harapannya pada saingan Olimpik pada Ogos ini di Rio de Janeiro. "Ia bukan sekadar untuk mengutip mata kelayakan ke Rio. Di China, anda tidak akan terpilih dengan hanya sekadar sebagai juara Olimpik. Anda perlu berada pada kedudukan fizikal terbaik dan membuktikan kemampuan,".

Sementara itu, gandingan Jepun, Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi merangkul gelaran beregu wanita selepas menumpaskan regu China, Yu Yang/Tang Yuanting (CHN x6) dengan keputusan 21-10, 21-12. - AFP Keputusan FINAL : Perseorangan Lelaki - Lin Dan (CHN x5) mn Tian Houwei (CHN x8) 21-9, 21-10 Beregu Wanita - Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi (JPN x3) mn Yu Yang/Tang Yuanting (CHN x6) 21-10, 21-12


Sumber : http://www.bharian.com.my/node/133526

No comments:

Post a Comment